Wednesday, April 7, 2010

SARDIN ROLL RUMAH KAMI



haaaa...nie la hasil nye...SARDIN ROLL...selepas memaksa along bersama berganding bahu menggulung tepung itu...huhu...rupa ade,rase tak payah tnye la kan..[de nada riak di situ...astaghfirullah]...

pada hari Isnin lepas...cuti kan...pagi tu selepas keluar merayap2 ngn achik dari kol 6.30pg-8.30pg,balik ke RUMAH KAMI..kemudian belaja skull ngn Kak Alia [syukron Kak Alia]...smpai kol bape ntah,xpasan...pastu turun hendak membeli roti,tp kedai shibill [tak to eja gane] tutup..maka naik smula sbb ma3rad sgt sunyi,smue kedai tutup...tp terpaksa turun ke kedai baba sbb byk brg dapo xde,nk masak ptg tu xde bahan lak...disebabkan sgt teringin makan sardin roll,amek keputusan bt sardin roll gune tepung..smpai umah,along cakap die malas uli...maka ucu yg kena uli...huhu...seronok jgk uli2,lame tak buat..hehe..maka nie la hasil nye...tp dh abes la kawan2..terpaksa umumkan sbb ramai jgk yg tahu fsl sardin roll ini...haha..

nie AJK sardin roll..

uli tepung : ucu
sardin : along
canaikan : ucu
gulungkan : along
menggoreng dan pukul gamba : ateh [walaupon sedikit vibrate gamba2 ini..huhu]
merasa : angah , achik ngn Kak Alia...haha

ok la..tu je kali nie..sje nk buat entri baru...huhu~



Foward Award...


Baiklah di sini, ingin diri ini berikan award nie pada blogger yg terpilih...tetapi sebelum tue...ada syarat2 nya...iaitu :

1- Thank and link the person who gave you the award.
2- Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3- Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4- State 7 things about yourself.

award nie kwn ucu kasi...sahabat di KMP...oleh hal yang demikian...ucu nk berterima kasih sbb sudi kasi award walaupon blog nie agak sepi sebentar..hukhuk...

syarat kedua suh forward...maka ucu serah la dkt adek-badek len nk forward ke sape...huhu..pastu korg kabo la ke deme deh...tu syarat ketiga...

yang keempat tu :
1) ucu adalah hamba Allah yg banyak salah silap
2)anak bongsu kepada Mohd Fadzil dan Wan Gayah
3)adik kepada tiga org kakak [Kak Mah,Aqeh dan Onah]
4)pelajar tahun 2 Universiti Tanta
5)bekas pelajar Pusat Pendidikan Al-Islah [Sekolah Rendah Al-Islah dan Sekolah Menengah Al-Islah] ,SMKA Al-Irsyad dan KMP
6)Ahli bait RUMAH KAMI a.k.a ucu
7)sangat suke mengambil gamba shgga dibuli along menjadi AJK nye..hukhuk [xde idea sudaaa]


Saturday, April 3, 2010

JAMUAN SC-KU

salam semua..

sihat2 ke?dah lama along tak timbul dalam blog ni kan..mesti sume orang windu,hok hok..(gelak dgn aneh)

gambar atas ni adalah gambar orang2 cantik,eh salah,sc along n angah..ha...

details nyer adalah seperti berikut:
-kakak naqibah (yang funky but syar`ie) : kak adila zulkifli a.k.a hikari zul
-ketua sc( yang baik lagi bermutu) : sape ar?along kot,hehe (melantik diri sendiri)
-ahli2 sc ( yang comel lagi lemak berkrim disukai ramai) : ~angah @ amrah @ am
~erisya @ kidzeminencegirl
~zarinkusayang(hehe)@su_zarin@pia
~mardhiyah @ mardhi @ si m(haha)
~alya @simplerally@baby (wink2)


tempat pertemuan : cookdoor tanta
tarikh pertemuan : tengok sendiri,ada kat gambo tu..
aktiviti pertemuan : makan2 sambil bertukar hadiah diiringi tukar kad bufday buatan sendiri dan tak ketinggalan memukul gambar ( terima kasih kepada maya haslea sebab dah tolong amik gambar kami lain kali amik la lagi ek,kwang3)

ni jamuan sc last 4 diz year,sob sob,sebab abes ni nak exam,lagipon silibus sc udah dibekukan utk sementara waktu,jadi ...begitulah,hehe...

o iya,sc itu adalah singkatan dari smart circle(info buat kamu2 yg belum tau)

sc tahun ni along rasa sangat singkat sebab along sempat ikut beberapa kali je sc,maklum la,ada hal lain yang menyekat along dari menghadiri sc,huhu..sedey bha..

apa2 pon along nak ucap tahniah untuk akak sc kami,kak ila sebab dia dah buat sc kami tahun ni menarik dan ceria dengan pelbagai input n permainan menarik,hehe..two thumbs up!

untuk kak ila n ahli sc along yang lain,along nak mntak ampun dan maaf sebab tak selalu hadir ke sc,mesti korang rasa tak best kan sebab along tak de,hua ha ha...x de la,hehe

along harap tahun depan sc kita lebih mantap dan ukhuwah kita lebih kuat walau apapun badai menghadang,cewah..walau pon tahun ni tak de competition nasyid untuk kita menangi(riak nampak,haha) tapi sc tahun ni pon tetap manis dengan its own memories...

semoga Allah meridhoi setiap amal yang kita lakukan tahun ni..and harapan along semoga najah semua dan sukses selalu dunia akhirat..amin..

sampai jumpa lagi~

"kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi"

salam peace!




Thursday, April 1, 2010

khas utk penasihat KAMI


ari nie hari istimewa utk kakak KAMI sorg nie..
ari nie umo penasihat KAMI genap 23thn [dh leh jd madam laaa]...

kakak KAMI nie sporting abes..[tgk je la gmba dkt atas nie..huhu]...
sgt best kenangan di matruh siwa~
dlu awal2 smpai Tanta ucu merempat dkt umah die 2bln..huhu..lame kan..
selamat la kakak KAMI nie saba jer ngn prngai ucu y 'baek' nie...

oleh hal yg demikian [tak sia2 blaja BM kan], KAMI nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR ke23 buat Kak NurulHusna Ahmad Sani...
smoga dgn bertambahnya umo akan bertambahnya amal kpd Allah...
semoga Allah sntiasa redha kak Una dlm apa jua tindakan...
doakan kejyaan KAMI ek...sokmo tau~
:: robbuna yukhollik liya ::


~A LiFe~~




p/s=sile bace dgn hati

Seorang pemuda berjumpa seorang Tok Guru yang bijaksana untuk mendapatkan nasihat, “Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya berantakan. Usaha saya tidak berhasil. Apa pun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati.”

Tok Guru tersenyum sambil mengusap-usap jambang putihnyanya, “Oh, kamu sakit.”

“Tidak guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati.”

Seolah-olah tidak mendengar alasannya, Tok Guru berkata, “Kamu sakit. Dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup.. Ya, kamu alergik terhadap kehidupan.”

Sang guru memang benar. Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan.

“Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal engkau ingin sembuh dan bersedia mengikut petunjukku.” demikian kata sang guru.

“Tidak Tok Guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup.” Pemuda itu menolak tawaran sang guru.

“Jadi engkau tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?”

“Ya, memang saya sudah bosan hidup.”

“Baiklah, kalau begitu pagi esok engkau akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi diminum pukul 6 pagi esok. Engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam.”

Pemuda itu pula menjadi bingung. Setiap guru yang ditemuinya selama ini cuba memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Malah guru ini menawarkan racun. Tetapi, disebabkan pemuda itu benar-benar putus asa dengan kehidupannya, dia menerimanya dengan senang hati.

Sebaik sahaja sampai ke rumah, dia segera menghabiskan setengah botol racun yang disebut “ubat” oleh guru itu. Dan, dia mula merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Begitu relaks, begitu santai! Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati. Bermakna dia akan bebas dari segala macam masalah tidak lama lagi.

Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarganya di sebuah restoran Jepun. Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana mengenangkan ia akan menjadi malam terakhirnya, dia ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya santai dan seisi keluarga terhibur!

Esoknya bangun tidur, dia membuka jendela kamar dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Lantas dia tergoda untuk berjogging sambil menikmati pagi yang indah . Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia melihat isterinya masih lena. Mungkin diuliti mimpi indah, fikirnya.

Tanpa mengejutkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Disebabkan pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!

Si isteri pun berasa aneh sekali, “Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin saya ada berbuat salah. Maafkan saya, bang.”

Di pejabat, pemuda itu menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Stafnya pun kehairanan.

“Hari ini, Boss kita macam pelik je, kan?”

Dan sikap mereka pun turut berubah. Mereka menjadi lembut hati dan bekerja bersungguh-sungguh dan mengikut segala arahannya. Kerana siang itu adalah siang terakhir, pemuda itu ingin meninggalkan kenangan manis!

Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertimbang rasa serta menghargai pendapat-pendapat yang berbeza, tidak seperti sebelumnya.

Tiba-tiba hidup menjadi sungguh indah. Dia mula menghargai dan menikmatinya.

Pulang ke rumah pukul lima petang, isteri tercinta siap menunggunya di pintu depan dengan senyuman yang manis sekali. Kali ini isteri yang terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya, “Abang, sekali lagi saya meminta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang.”

Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, “Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan disebabkan oleh perangai dan kenakalan kami.”

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia terdetik untuk membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum petang semalam?

Pemuda itu kembali menemui gurunya. Melihat wajah pemuda itu, sang Guru dapat mengetahui apa yang telah terjadi.

“Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan berasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan.”

Pemuda itu sungguh gembira dan tersedar akan kesilapannya selama ini dalam mengemudi hidup. Dia lantas mengucapkan terima kasih dan menyalami Sang Guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!