"KISAH ADEK ROTI DAN KAKAK BUBUR"
Monday, December 27, 2010
"KISAH ADEK ROTI DAN KAKAK BUBUR"
Monday, December 20, 2010
WANITA...ISTIMEWA
lagu nie ditujukan utk "arjuna2 yg selalu mencurangi hati wanita" kata bro Hasbi sndri...huhu
kerna wanita berhak untuk bahagia,bukan dicipta utk selalu derita,sayangi dia,cintakn dia,kerana WANITA...ISTIMEWA ~:)
p/s: cari la lagu lame diorg..SEKADAR LELAKI BIASA...besssshhhhh~[ke nk kne letak dlm belog jugak???huhu] dan len2 lagu pon best jugak :P
tgh tggu lagu full version BUKAN CINTA BIASA~~
Sunday, December 19, 2010
teman...MUKABUKU :)
lame dh ucu tggu lagu2 terbaru FEELHONEY..hehe...
ttbe jmpe pulak malam nie [ttbe la sangat..adess~]....byk lg de lagu diorg...
tp malam nie tunjuk satu jer laa...nnt dlm entri len pulak..huhu
meh2 tengok ek..memang bessstttttt~sambil2 dgr lagu de input jgk..sebagai tazkirah laa :D
laayaaannnnn ye sahabat2 semua~
Friday, December 17, 2010
tahniah dan takziah
[tahu tak dialog spe??pengerusi forum a.k.a timb. pengerusi 2 PCT...huhu..jgn la kne marah lps nie :P]
ari nie.....nak cakap pe ek...erm.......sebenarnye ucu br terengt....
lepas along dh turun takhta dari timbalan Unit Penerbitan dan Penerangan [UPP] atau lebey glemer dipggl media PERUBATAN......pada hari yg sama jgk along menang setelah dicalonkan semula oleh Nurfarihah Zulkifli [jgn la bangga de nama dlm nie...haha]....
sebenarnye niat utama ucu nak letak video yg nak menjatuhkan along time hari bersama calon a.k.a The Battle of Sweet Tooth...mmg hari tu video org len mantop2 laaa..video utk along jer yg men2 sket..huhu...tp disebabkan terdapat beberapa gamba yg tak buleh ditayangkan [takot jgk kne belasah ngn along..adesss~] dikhalayak ramai, maka tak buleh nk tunjuk dkt sni...tu la korang, rugi tau tak pegi ari tu...along siap pakai serba pink lagi...julung2 kali jer tu die nak pakai...haha~~
ala kulli hal...
rase nye tak terlambat lagi la untuk ucu selaku ahli bait dan ex-ajk upp ucapkan secara bertulis atau formal pulak TAHNIAH dan TAKZIAH untuk SHARA ALIYA FAUZI a.k.a along diatas kenaikkan semula sebagai SETIAUSAHA PCT 10/11 dan bekerjasama lagi ngn ex-ketua UPP...[nie part mmg tak tahan laa..hehe...ex-ketua jgn marah ek :P ]
ucu berharap along dapat laksanakan tugas2 along dengan baik sepanjang sesi ini dan dengan niat mendapat keredhaan-Nya..insyaAllah..moga2 Allah kira sebagai ibadah yg dapat memberatkan neraca sebelah kanan nnti =)
ok la...nak kne bersiap g Husin pulak...nie smue along nye pasal la sbb nak balik mesia [jaga2 la tokoh Maal Hijrah kne tinggalkan..haha] ..maka smue ahli RUMAH KAMI jaga2 la ek jap g kne buli ngn along sbb barang2 die ssaaannnggaaaaat banyak....huhu~
wassalam...selamat mengacau bubur sura ye kawan2 di Tanta :D
Tuesday, December 14, 2010
.............[isi sndri la tajuk~]
erm...lame kan belog nie sepi....huhu..ntah la pe yg disebokkan...sedangkn penulisnye lima org...adesss~
ari nie mood sgt berubah2...sangat tak suka bercakap dengan org yg buleh membuatkan ucu rase marah [klo tak faham mksd die mcm mne..sila abaikan!]..haish!~bertambah spoil la my mood...cessss~
tp sekarang rse sedey..nak nangis...waaaaaa~ (T_T)
pastu sambil layan lagu PERMATAKU-MIRWANA.....memang layaaaan~
[klo tak to lagu tu cari dkt internet ek..haha~]
lirik die leh la nk kasi >>>
Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...
C/O:
Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...
Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...
C/O:
Bridge:
Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...
N.B :gmba nie dalam umah...ramai jugak tny luar ke dalam umah gamba nie..haha~
nie semua gara2 along yg nak balik Mesia..waaaaaa...nak ikot jugak!!!!!!!
ok...bassssss......jom tuka mood...hehe...
1
2
3
mula rindu nak makan bubur asyura....
td dlm kelas rmai gaduh2 nk suh PCT bt bubur asyura ikot negeri masing2....bg ucu yang penting SEDAPPPPP...tak kesah la negeri mne kan...haha~xbaek la assobiah nie...kate SATU HATI kan!
klo tak kenal bubur asyura meh nak tunjuk...bg terliur sket...huhu....jgn bkk time siang hari..leh kurang pahala pose nie..adessss~


tak tahu lak gmba nie menunjukkan bubur asyura negeri mne...men balas jer...hehe~
ayuhhh semarakkan NADI [NOSTALGIA ASYURA DALAM INGATAN]...terawal lak promote..iklan pon tak kuar ag...haha..maaf unit promosi...excited lak~~lalalalala
wassalam =)
Monday, December 13, 2010
wanita melayu
sumber : ! sweet pomegranates !
Friday, December 3, 2010
saya nk maryam thohirah sbg exco pct.“BERSAMA-SAMA BERGANDINGAN TANGAN MEMBAWA PCT KE ARAH YANG LEBIH BAIK & MENCAPAI KEREDHAAN-NYA”.
kenapa mesti undi MARYAM THOHIRAH?-kerana dia berkaliber,berani bersuara,cerdik,baik budaknya xcaya tanya ahli beyt dia
Thursday, December 2, 2010
MTC ^_____^
meh2 kenali apa itu MTC!!!apa yg berlaku pada hari-hari sebelum kita akan melangkah ke hari MTC???



PENGUMUMAN SENARAI CALON FASA 1 30NOVEMBER2010
PENGUMUMAN SENARAI CALON FASA 2 7DISEMBER2010

ok...yuk MTC ^____^
cantek x gambo nie??hahaha~jgn marah ajk
Wednesday, December 1, 2010
jalan yang kupilih
cerita tentang jalan~~~

jalan ni,
bukan ateh yang pilih..
tp Allah yang memilih jalan ini sebagai laluan terbaek..
jalan ni,
Ateh yang lalui
Ateh yang rasa
Ateh yang jatuh
Ateh yang bangun sendiri
Ateh yang sapu air mata tu sndiri
Ateh yang mnepuk debu2 yang mengotorkan
Ateh yang menepuk bahu sndiri untuk bg semangat..
senyum kononnya kuat n tabah!
tapi ateh bukan kuat sgt
ateh jatuh lagi
dan lagi
dan lagi
sunyi betul~
tp Allah tak pernah tinggalkan ateh
cuma diri sendiri yang lupa
asyik mngadu pada manusia
smapai kurang pengaduan kat Dia
Allah yakinkan ateh semula,
JALAN ITU AKU YANG PILIH!!
maka,
Allah bg adekbradek,
Allah bg sahabat,
dan Allah bg cinta!
terima kasih semua..
so,jalan ni,
bukan ateh yang pilih..
tp Allah yang memilih jalan ini sebagai laluan terbaek..
untuk ateh,
untuk dunia ateh,
dan pastinya untuk akhirat ateh.
moga Allah redha
ameen~~
The Road Not Taken
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
By. Robert Frost
p/s: dilanda rasa sayu T_T
Monday, November 29, 2010
untuk peringatan bersama
PERHATIAN!!!Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden....

Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...Mengapa saya BERANI MENGATAKAN SEDEMIKIAN???
(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)
JIKA ANDA MASIH BELUM MENGENAKAN TUDUNG DAN SUKA TAYANG RAMBUT ANDA kerana INGIN KAN PERHATIAN MANUSIA LAIN,sila baca huraiannya pada salah satu NOTE saya yang bertajuk
Manfaat Berjilbab jika ANDA masih belum MENGAMALKANNYA-kaitan ISLAM dan SAINS
Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.
RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur:31).
Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen






p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
Firman Allah s.w.t,"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat." (Surah asy-Syu`ara': 214)
Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..
Tahukah anda?setiap molekul makanan CIPTAAN barat mengandungi sistem Dajjal?Sudahkah anda lupa apa yang saya katakan dulu melalui alam maya ini mengenai sistem dajjal yang semakin hari semakin hampir mencapai tahap KESEMPURNAANNYA?
Berapa ramaikah di kalangan anda menyahut salam peringatan saya sejak dari awal lagi?Berapa ramaikah di kalangan anda yang menganggap negatif terhadap salam peringatan saya ini sebagai BUKAN SATU TEGURAN TETAPI SATU SINDIRAN?Berapa banyakkah antara anda yang menyebarkan SALAM PERINGATAN saya?sungguh bergembiralah malaikat yang mencatat amalan kebaikanmu dan sedihnya malaikat tatkala mencatat amalan keburukanmu…

Jika anda menutup aurat sepenuhnya(bertudung sebegini)..,TAHNIAH SAYA UCAPKAN...Moga anda selamat di DUNIA dan di AKHIRAT...Amin...Moga anda menjadi pengunjung syurga dan menetap di sana selama-lamanya...Berpesanlah kepada kaum anda juga,Moga mereka diberkati Allah seandainya berpakaian menutup aurat sepenuhnya..Bukan sekadar sedikit dan seketika cuma
Just copy..
sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=130182593700868&id=130114233707401
Sunday, November 28, 2010
saye baby hamster :D

ALHAMDULILLAH
Tuesday, November 23, 2010
Hantaran Kawen
“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil…
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih?” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al Quran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
” Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu? Nampak seronok saya lihat,” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari Al Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” ..sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa… aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al Quran kalau sekadar hantaran. Kesian AL Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
” Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak…. usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri.. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku..
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d ….”Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnass yaitaanirrajim. .. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama AL Qurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah olah menghina AL Qura n. Beli AL Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan, dia pasti dilaknat oleh Al Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..
Hati Sebesar Cawan dan Hati Sebesar Kolam
cerpen nie ucu tujukan khas buat along....along....SENYUM SOKMO :) :)






