Wednesday, March 31, 2010

Hilangkan Perasaan Cemas Anda

Tidak perlu berduka, kerana Tuhanmu berfirman,

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk”

(QS. Al-Insyirah: 1)

Pesan ayat ini bersifat umum untuk setiap orang yang menerima kebenaran, melihat cahaya dan menyambut hidayah. Allah juga berfirman,

“Jika demikian adakah orang-orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya (sama seperti orang yang tertutup mata hatinyadengan selaput kederhakaan) ? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya”

(QS. Az-Zumar: 22)

Maka dari itu, menjadi jelas bahawa ada kebenaran yang akan melapangkan dada dan ada kebatilan yang akan membuat hati menjadi keras. Allah berfirman,

“Maka barangsiapa yang Allah menghendaki untuk memberi hidayah petunjuk, nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam”

(QS. Al-An'am: 125)

Ini menandakan bahawa Islam merupakan suatu tujuan yang hanya dapat dicapai oleh orang yang memang dikehendaki Allah.

“Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”

(QS. At-Taubah: 40)

Demikian Allah berfirman. Dan kalimat seperti itu hanya akan diucapkan oleh orang yang sangat yakin dengan pengawasan, perlindungan, kasih sayang dan pertolongan Allah.

“Mereka juga telah diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.

(QS. Ali 'Imran: 173)

Dengan kata lain, pemberian dan perlindungan Allah sudah sangat cukup bagi kita.

“Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu dan juga pengikut-pengikutmu dari orang orang yang beriman”

(QS. Al-Anfal: 64)

Dan, siapapun yang menempuh jalan tersebut akan memperoleh kemenangan sebagaimana yang disebutkan dalam ayat tersebut.

“Dan berserahlah engkau kepada Allah Yang Hidup, Yang tidak mati”

(QS. Al-Furqan: 58)

Dengan kata lain, apa jua selain Allah akan mati, tidak akan hidup selamanya, akan lenyap dan tidak abadi. Dan dajatnya pula rendah dan tidak mulia.

“Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”

(QS. An-Nahl: 127-128)

Ayat ini melukiskan tentang bagaimana penyertaan khusus Allah terhadap para wali-Nya, iaitu dengan cara selalu menjaga, mengawasi, membantu dan melindungi mereka sesuai dengan kadar ketakwaan dan jihad mereka.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman”

(QS. Ali 'Imran: 139)

Maksudnya adalah ketinggian tingkat ubudiyah dan kedudukannya di sisi Allah.

“Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu , kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejek-ejekkan dan tuduh-tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya) ; sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan”

(QS. Ali 'Imran: 111)

“Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

(QS. Al-Mujadalah: 21)

“Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)”

(QS. Ghafir: 51)

Bentuk ketetapan pada kalimat ini merupakan janji Allah yang tidak akan pernah diingkari dan tidak akan pernah ditunda.

“Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku) ; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya. (Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka dia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya”

(QS. Ghafir: 44-45)

“Dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal”

(QS. Ali 'Imran: 122)

Janganlah bersedih. Anggap sahaja diri anda tidak akan hidup kecuali sehari sahaja, sehingga mengapa anda harus bersedih dan marah pada hari ini? Dalam sebuah hadis disebutkan: Ketika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan ketika petang tiba, janganlah menunggu datangnya pagi.

Ertinya, hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Jangan mengingat-ingat masa lalu, dan jangan pula was-was dengan masa yang akan datang. Seorang penyair berkata, Yang lalu telah berlalu, dan harapan itu masih ghaib dan engkau pasti punya waktu di mana engkau harus ada.

Menyibukkan diri dengan mengingat masa lalu, dan meratapi kembali kegetiran-kegetiran hidup yang pernah terjadi dan telah berlalu, adalah sebuah kebodohan dan kegilaan. Pepatah Cina menyebutkan: "Jangan dulu menyeberangi jembatan sebelum anda sampai di jembatan itu."

Ertinya, jangan berperasangka buruk terhadap kejadian-kejadian yang belum tentu terjadi, sampai anda benar-benar mengalami dan merasakannya sendiri. Salah seorang ulama salaf mengatakan: "Wahai anak Adam, hidupmu itu tiga hari saja: hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum datang, dan hari ini di mana anda harus bertakwa kepada Allah!"

Bagaimana orang yang masih menanggung beban berat kesedihan masa lalu dan kecemasan terhadap masa depan dapat hidup tenang hari ini? Bagaimana mungkin orang yang selalu mengingat-ingat sesuatu yang telah lepas dan telah berlalu akan tenang dalam hidupnya hari ini? Ini kerana waktunya akan habis untuk meratapi semua kesedihan yang telah berlalu itu. Dan pada akhirnya, semua itu sama-sama tidak ada gunanya.

Hadis yang berbunyi: Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi, dapat pula diertikan bahawa anda harus membatasi angan-angan anda, menunggu ajal yang bila-bila masa menjemput anda dan selalu berbuat yang terbaik.

Jangan hanyut dalam kecemasan-kecemasan di luar hari ini. Kerahkan segala kemampuan untuk hari ini. Beribadah semaksimum mungkin dan pusatkan tumpuan anda untuk melakukan sesuatu dengan cara meningkatkan kualiti moral, menjaga kesihatan dan memperbaiki hubungan dengan sesama manusia.





Wednesday, March 24, 2010

PAKAI KAIN??SIAPA TAKUT (5)-FINAL DESTINATION

Lokasi 5-siti setar....

yuhu...cerita jaulah kami dah nak habis...

lastly kami sampai ke final destination kami iaitu City Star(x de tempat lain lg dah kot kat cairo ni..)

sekejap je kami diberi masa untuk berpusing-pusing dalam city setaq tu,dalam kire2 2 jam tak sampai,huhu...mne cukup beb,nak window shopping lagi,nak tengok2 orang lagi,hehe...bukan beli pa pe sgt pon...

benda yg paling mahal yg penah along beli stakat ni kat sity setaq tu adalah pemadam faber castell je,haha...buatan malaysia tu...(sebenarnya malu ngan tuan kedai sebab lama sgt duk kedai dia tapi takkan kuar tangan kosong ja,hik hik)

okeh,tu old story,new story nye lak,kami pon bergegas masuk ke city star tu...kami berlumba-lumba masuk cam makcik-makcik lari time ada sale,hehe...cuma kami lari ni bukan sebab sale,tapi sebab nak pi hamam,haha...

tapi on da way nk pi hamam tu,acik (sebagai penunjuk jalan,memandangkan dia adalah pengunjung tetap city star)stop tibe2...kami pon menoleh ke arah kanan kami...dan...

waaa....kool nyer....

kat tepi tu ada laki arab setengah baya(?) dalam umor 30-40 thn camtu tengah main piano...piano tu!bukan kecapi ye,harap maklum...romantik sungguh lagu yang dia mainkan,waaa...bergaya seh...

tapi oleh kerana desakan alam lebih kuat dan panggilan solat lebih membara(cewah)kami teruskan langkah kaki ke tempat yang sepatutnya...

he~

tak de pa pon nak cerita kat sini...gi spinney je yang sempat sebab masa suntuk...tapi yang best nya kami sempat beli cincin sorang satu...credit to angah sebab berjaya menggoda amoi cina tu untuk bagi murah dari harga yang dijual,hoho...amoi tu kate sebab kami pon sama2 dari asia so dia bagi murah,yey!...(tapi along rasa sebab angah sepetkan mata kot tu la sebab dia rasa cam familiar ngan angah,jumpa orang kampung la katakan,haks haks..)

anyway,kami agak lambat kuar dari city star tu..maklum la,punyalah kami tunggu si acik tu kat tempat cashier,rupa2nya dia dah selamat berada di bas,ceh...

kami pon dengan segera angkat kaki-kaki ini dan berjalan laju-laju dan setelah beberapa ketika baru kami sedar yang kami tak tau jalan kuar!hahaha...bukan tak tau,lupa bha,banyak sangat jalan kuar...

tapi dengan kepetahan kami bertanya pada pak guard(lebih dari sorang la jugak) kami pon berjaya kuar dengan selamat dan sentausa...dan ketika along berpaling ke belakang,haik?mane pulak ucu ngan angah ni?

rupa2nya mereka telah berhenti sejenak untuk membeli ais keling(baca:ais krim)di situ,ceh...hampeh..ingat hilang ke mana...

ala kulli halnya,kami semua pon bertolak balik ke tanta setelah dekat beberapa waktu menunggu kawan2 yang lain naik bas,huhu...sesat gak ke?heheh

alhamdulillah,akhirnya selesai sudah adventure along dan adik2 along tahun ni...

along berharap perjalanan kami ni ada hikmah yang boleh dipetik dan bukan setakat berjola-joli sahaja...semoga tahun depan kami dapat berjaulah lagi ke tempat2 yang lebih BERMANFAAT,BERASIONAL,BERGUNA dan MENARIK....hehe...amin...

sampai ketemu lagi ya!syukran karena telah ngikutin hingga selesai...

selesai menaip pada waktu azan isya`
di Tanta,rumah tingkat 6 warna hijau,bilik berbalkoni
19:32 pm,rabu,24032010

(cewah,cam tulis novel la plak)

"kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi"

salam peace~

Tuesday, March 23, 2010

PAKAI KAIN??SIAPA TAKUT (4)

Lokasi 4-Cairo Land!hip..hip..hoyeh!

setelah mencangkungkan diri selama 32 minit 17 saat di balkoni untuk mencari ilham sambil sekodeng cewek2 malezii yang baru balik kuliah(haha),,along akhirnya sedia untuk menaip cerita jaulah kami yang seterusnya,iaitu si cairo Land...ngehh ngeh ngeh..(??)

setelah selesai makan tengahhari yang enak itu,along dan rakan2 rombongan merasa kekenyangan yang amat...burp!hehe...alhamdulillah,syukur pada Tuhan...

masa tengah berjuang nak pejamkan mata,tup tup bas berhenti...along ingat tayar tercabut ,rupanya bas berhenti sebab dah sampai ke tempat tujuan..ceh..

sebenarnya kan,menurut korang la kan,bile kita dengar perkataan Land tu kan,mane2 orang pon mesti terpikiaq tempat tu best giler,kaya akan permainan outdoors dan dipenuhi nuansa bangunan berwarna-warni yang indah dan menarik jantung hati seperti Genting Highlands tu ke,paling koman pon cam Times Square kat KL nun...ala2 theme park gitchu..

tapi bila along jejakkan je kaki ke tanah dan berpaling ke arah pintu masuk cairo land tu je...along rasa,aku mimpi kot ni,tu la makan sampai tak ingat dunia lagi,kan dah mimpi horor ni,begitulah along bermonolog dalaman ngan diri sendiri...

tapi begitu angin bertiup lalu menterbangkan pasir ke mata along dan along pon kelap kelip membersihkan mata dan rakannya(cermin mata) baru lah along sedar sesedar sedarnya bahawa itu adalah real dan itulah cairo land...kwang kwang kwang...(burung gagak lalu)~

along ingt kami salah tempat sebabnya masa dok intai dari gate karat besi tu nampak cam ramai bebudak @ kanak2 bawah 15 tahun je beserta pembimbing masing2..tapi papan tanda kat atas kepala memang bertulis cairo land pon dan along yakin along pandai utk membacanya dengan benar dan berintonasi(hehe)..

dgn keadaan yg terkejut beruk (orang yg terkejut,beruk dapat nama,hehe) kami sempat lagi amik gambar beramai2 didepan pintu masuk tu..(ceh,dasar cewek)..

masa masuk tu 1st skali pancaindera yg berfungsi adalah telinga dimana telinga along telah menangkap adanya muzik berbau gelek telah dimainkan dengan kuat dan suara2 tepukan tangan telah mengiringi muzik tersebut..nak katenye masa tu rombongan tadika mane ntah(hehe)tengah joget,,budak2 tau ni..along rasa tercabar lak,rasa nak gak join,hehe..(teringat kat kawan kami dalam episod lepas iaitu masa kat cruise tu,hehe)...

tapi tu no hal la,yg penting g surau dulu,solat,huhu...

lepas tu kami meninjau2 keadaan kat cairo land tu utk melihat apa2 permainan ganas yg boleh dinaiki,..sebab pe ganas?haa...ingat lg x janji kami serumah utk buktikan kat spesies group B yg kami bleh main even pakai kain?haa...bagus2..ingat lagi rupanya,hehe...

kmi ingat nk pi naik roller coaster terus,tp tup tup x bukak la...kuciwa mike,huhu...dalam pada tu rupa2nya acik dah pi beli tiket utk naik permainan ala2 space ship gitu,ceh,langkah bendul sungguh...haha...

along,ateh n ucu pantau dan beri sokongan sambil berdoa utk keselamatan kat acik dari tepi je dulu,kot2 la benda tu tercabut ke apa,haha...(jangan marah)ye la,permainan kat situ entah diiktiraf ISO dari segi safety ke tak tak tau la,risau je nengok besi2 dia karat2 semacam,hei....

masa tgk dorang pi main benda tu along rasa cam seronok dan gumbira pula sebab boleh jerit2 cam senget (hehe)..boleh lepaskan tension,lagipon orang x cam sape yg jerit kuat2 tu sbb benda tu pusing laju giler kot...

masa along tgh jadi pom pom girl acik tetiba de kawan kami mai dan berkata yang kami x yah main apa2 lagi sebab nak pi ke city star la ni jugak,kata dia...dia kata sebab ramai request g city star memandangkan tak de pe yg menarik kat cairo land tu,huhu...jadi along nak kenselkan naik benda yg acik naik tu sbb takut tak sempat kang nak kuar(by the way acik dah selamat turun hidup2 dengan jayanya,haha)...

pastu ateh n ucu plak take turn naik benda tu(angah mana ek time ni?)..along maleh dah nak naik sebab dah penah naik pon benda ni masa kat Times Square,lebih kurang je pon (eleh along,nak cover takut la tu,hehe){mane de!hehe}...

ok,pause jap..along dah crite yg kami nyer part tapi korang mesti tertanya2 spesies group B main pe kan?? kan?? kan??hehe...ni nak habaq ni...nak tau dorang main pa?main bowling cek...isk2,walau x semua pi main bowling tapi yg jelas dan nyata 99% dari jumlah mereka pi main bowling termasuk hok kato kat kami maso mulo2 kat gamaah nun,hu~malu-maluin aja deh!

lantak lah dorang,yang penting our mission tercapai dan kami dah menang!teng teng teng!yuhu!!tu la,dun judge a girl by its kain,hehe...

pastu kita sambung balik pasal kami plak ye...

masa tengah kalut2 pikir nak main apa dalam waktu yang singkat itu,kawan along ajak main kereta langgar-langgar(ala,car crush tu)...along tengok banyak bapak-bapak arab je yang main,hehe...

tapi along tak berapa minat sebabnya mata along dah terpacak kat rumah hantu sebelah tempat kereta langgar2 tu,hoho...cam seronok je tengok sebab kita just duduk kan dalam kereta kecik pastu kereta tu yg gerak sendiri masuk kedalam rumah hantu tu,best je bunyi...

dengan penuh kegedikan(ahaks)along berjaya kumpul ramai kengkawan dan pengikut untuk masuk rumah hantu,haha...termasuk semua adik-adik along...kami naik dua dua...yang along herannya,sekejap benor depa masuk pastu dalam sekelip mata dah kuar balik(kena masuk satu satu ek)...ni yg musykil ni....

along masuk ngan angah,kami dah prepare Yassin awal2 untuk keselamatan rohani dan jiwa,hehe...sebelum masuk pon kami dah testing ayat Kursi,takut lupa,hehe...

and here we go!

waaaaaaaaaaaaarrrrghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

hehe,x de pa pe pon berlaku lagi,saja wat suspen...dalam tu gelap,tapi ada la lampu2 berwarna kat sudut2 umah tu...kereta bergerak dengan kelajuan sederhana...along makin mengecikkan mata dan merapati angah yang juga langsung merapati along....kami saling berbicara sesama sendiri,wei,ko nampak pa pe tak?along bertanya pada angah dan sebaliknya angah juga bertanya soalan yang sama....kemdian along bertanya lagi,"wei,kau nampak pa pe tak?,"dan angah kate tak de pa pe lagi...masa kereta buat satu belokan terakhir,kami nampak sedikit sinar putih...kami rasa inilah masanya!kami pon semakin mengecikkan diri dan berpegang erat...along menahan nafas...dan....

huh?...macam kenal je...


kami ada kat luar balik!!!hek eleh....cit poodah...tak dek pa pe pon!!kwang kwang kwang!!kami tertipu!ha ha...wa kena beb!...turun dari kete je along gelak tak ingat dunia sambil terduduk you...wakkakak...

aduyay...patut la 3 genih je..tak dak apa pon...hantu yang ditunggu-tunggu tak kunjung muncul.hampeh deh,hu~

by the way,untuk mengobati kekecewaan itu kami pon amik gambar lagi,kui kui...

sebab masa dah time,kami memutuskan kuar dari kairo land tu dan tunggu kat luar untuk naik bas...masa ni semua orang pakat2 amik gambar puas2 sebab walau kat dalam cam hampeh tapi pintu gerbang luar yang berdinding itu agak cantik sebab bergambarkan kartun2 dan agak ceria,heh heh...

macam2 style bergambar along tengok,style superman la,lompat katak puru la,lompat payung terjun la,dan macam2 lagi hingga mengakibatkan kecederaan kat sesetengah pihak tu,isk isk isk...malang tak berapa nak berbau....

kami yang dah boring tahap kura-kura ni naik la atas bas(atas?hehe)dan tunggu para ikhwah lain yang tak kunjung kuar padahal tadi dorang gak yang terhegeh2 suh kami cepat2 kuar utk ke city star....

bak kata pepatah,janji jangan dimungkiri kalau tak nak orang benci(along reka sendiri tau ni,huhu)...dalam kire2 hampir 1 jam (kot) kami tunggu kat bas tu,baru lah spesies group B tu kuar...tu pon amik gambar dulu,bukan terus naik bas...ya ampun...

along malas nak komen panjang2...yang pasti nasib baik kami semua ni tak wat demo depan cairo land tu sebagai tanda protes atas kelakuan mereka,bu~

singkat cerita,bas pon bergerak membelah keheningan maghrib menuju ke final destination,siti setar....

masa nak berlepas tu telinga along de terdengar suatu suara berkata,"gud bye cairo land,sampai tak bertemu kembali!,"hehe...along rasa this is the first and the last time along jejak kaki kat sini ...seterusnya never ever ever again dah kot...

selesai bertemasya di cairo land...along akan sambung di lain kali pulak jaulah kami yang terakhir...capek nih...rehat dulu yah...

(to be continued)





Sunday, March 21, 2010

sekadar di pinggiran~~~

owh.. rase mcam gastrik
mak...
tulun acik~~

hm..
[menung2x]

post ini sbenarnye sekadar meluahkan rase x puas ati + dengki ateh kat ALONG
[highlight sket bg nmpak cam besalah..haha]
sbb post die diminati ramai.


cess...

ble nk jd penulis bebakat bEsau cam along neh??
aigoo..

sekian
end of de stori

p/s-mati la nnt kalo along boikot ateh xmo bg makan~~hehe

PAKAI KAIN??SIAPA TAKUT (3)

Lokasi 3-Muzium Cairo

haa...dah berhepi-hepi naik cruise tadi,kali ni kita berserius sket...kali ni kami pi ke muzium kairo di kairo(hehe)...

kalau dari luar muzium ni warna oren gitu,selalu je lalu depan muzium ni kalau nak gi Ramsis,dulu along ingat bangunan parlimen,heheh,rupanya muzium....

start turun bas along dah rasa bangga dah,sebab pa?sebab ramai mat saleh,haha...along rasa
tetiba jadi omputih lak,cuma x putih mana pon...ada la sket2 tang mata,hehe..

nak masuk gate beso muzium kena lalu pok guard dulu,kena scan beg masing2,along ingat kena
bayar,sebab tengok ikhwah nyer gaya macam nak bawak kuar duit,rupanya kena scan jak
bha,ceh...

pastu,kumpul depan gate kecik kat depan pintu masuk muzium...gate ala-ala nak naik metro kat
kairo nun...punya lah sesak n agak lama kami berdiri kat depan tu baru dia bagi rombongan
Tanta ni masuk...alhamdulillah(akhirnya)...

dah masuk pintu masuk muzium(??),kena scan lagi...(x habis2 scan,macam kat airport)...lepas
scan,tetiba de seorang ablah ni (akak) petugas situ la,dia minta kamera kami sume sebab
kamera dilarang bawa masuk...

apalagi,muka2 membangkang segera ditunjukkan oleh ahli2 rombongan Tanta tersebut...yelah,mana nak percaya kalau suh arab jaga barang kita,apalagi barang berharga,ya
nggak??

ada la beberapa orang wat2 tak dengar dan pergi menonong wat2 tengok barang muzium,tapi
segera dipanggil oleh pihak berwajib (hehe)...ablah tu tak pueh hati,dia suh scan balik semua
skali sebab dia rasa ada lagi orang yg simpan kamera(betul gak sebenarnya,tapi x nak la habaq
kat korang sapa,nanti along kena saman,hehe)...

ala kulli halnya,kami pon terpaksa la beratur balik utk kena scan skali lagi dan beg-beg kami
dibuka dan dicek akan isinya,kot2 ada bom yang terlepas pandang kot,hahah...along rasa cam
teroris la plak,agaknya macam ni la keadaan saudara muslim kita di airport US tu ek,tapi dorang
lagi diperiksa secara dasyat kot,kami yang baru kena macam ni pon dah hilang mood nak jelajah
muzium...hu,memang spoil da mood la ablah...

pendekkan cerita,kami pon round2 muzium tu macam rumah sendiri,x de guide pon,tengok
bahan pameran pon tenganga gitu je,siap main teka2 lagi benda apa yang kami tengah tengok
tu,ye la,tak semua benda dorang letak kenyataan bertulis...payah ni orang,hu~

macam2 orang kami jumpa,jepon,cina,indonesia,us,britain,bla bla...(ni tengok artifak ke
orang?hehe)..nak critenya isi muzium tu banyak patung2 firaun beserta barang2 peninggalan
yang dorang pakai dalam kehidupan sehari2,gitu...

masa duk tenganga nengok sejenis gelang yang terbuat dari tambaga,tiba2 ucu bersuara,"benda
ni kalau pi letak kat tepi jalan tu pon kite x perasan kot!,"...along berpikir2,betul gak kata si ucu
ni,hehe...pandai adik along sorang ni,dah beso rupanya,haha...

lagi satu,masa tengah tengok2 tu kita dilarang sentuh barang2 kat situ hatta cermin kaca
pameran tu pon...haram alaik!

kat dalam tu ada tempat nak tengok firaun tapi kena bayaq no...student dalam LE 50,orang
awam LE 100....along pikir2 balik,firaun ni dah mati pon nak kuras duit aku lagi,bek g sedekah
lagi bagus,huhu...

dah kire2 boring meronda dan puas window shopping satu muzium( sebenarnya x habis pon,he~)ditambah lagi ngan keadaan yang belum solat,maka kami memutuskan untuk mengakhiri cerita "One Day at the Muzium" ni...

masa nak naik bas,bertembung la dengan mokcik2 dan pokcik2 dari tanah air sendiri,lepas gak
rindu kat nenek along,haha...kami siap tanye kabar,bersalam-salaman,macam pi beraya lak,lucu
sungguh la demo ni...

yang paling bestnyer,makanan tengah hari kami telah ditaja sepenuhnya oleh Mo`men dan pepsi(boikot ye) dan kami pon mentekedarah (haha) dalam bas yang berjalan laju menuju ke destinasi selanjutnya,iaitu tuuuuuuuuuuuuuuuut.....hehe,bersambung la yang....

(bersambung la wei)

Saturday, March 20, 2010

PAKAI KAIN??SIAPA TAKUT(2)

Lokasi 2-Nile Cruise

ok,jumpa kita sambung cerita ari tu...ma`alish kena cut cut sebab along busy(cewah,berlagak!ahaks)

haa...kali ni along and adik2 along naik cruise plak...kami excited la sebab dah lama x naik kapal dan berjumpa dengan sungai2 dan kawasan yg seumpama dengan nya...

maklum la,selama kat Tanta ni jumpaq pasir ja..boring bha..

kami naik cruise sepanjang sungai nil(x la panjang mane pon,stakat suku sungai pastu pusing balik,kwang2)..

x byk kejadian menarik yg berlaku pon atas kapal ni...stakat arab bukak muzik pastu joget tu dah biase kot,sama cam naik cruise tahun lepas (dan beberapa kali kami menolak pelawaan pengiring kami,madam siham and her geng utk ikut bergelek,hoho,ma`alish madam,its not my style)....yg tak tahannya kami ni duk kat sebelah speaker nun...dia punya bunyi mak ooi macam nak meletup pacreas along dengar,hehe..

sambil menikmati pemandangan seperti orang tengah mandikan kambing dan pak cik mengail ikan,kami sempat jugak bergambar ria,kunun2 muka ceria belaka naik cruise padahal bosan 1/4 mati,hehek...

cuma satu je yg berjaya menambat hati along daripada mati kebosanan iaitu pemandangan makhluk Allah yang bernama langit..huhu...

masa tu langit sungguh cerah,biru..awan putih..tambah pulak burung2 berterbangan diangkasa(cam puisi la plak)..subhanallah!cantik sungguh you!

klau x dak ikhwah dah lama along pi baring telentang sambil tengok langit,sungguh!

sependek perjalanan kami tu ada ammu yang kehulu kehilir berjualan makanan dan gula2(yg mana tetiba mendapat sambutan ramai termasuk acik),ada abang DJ yang telah hampir berjaya memekakkan gendang telinga2 kami (nasib baik hensem,hehe),dah ammu2 dibawah yg menggerakkan bot dengan kelajuan tahap siput (siput ateh n kure2 acik lagi laju kot,haha)

kami naik kapal tu tak lama mana pon..cam along kata tadi,dah kire2 sesuku sungai nil,kapal pon patah balik..

sebelum turun,kami sempat amik gambar lagi(dah x de mende nak wat kot) dan salah seorang teman kami yang bernama tuuuuuuuuuut (sila cari sendiri,haha)berkata,"kalau tadi tak de ikhwah,aku rasa boleh je kita joget tadi,aku rase aku pon akan joget kot,hahaha...."kata beliau sambil menggayakan tarian agogonya,hehe...

then...

sambung la bha,capek!

Friday, March 19, 2010

gambo-gambo time jaulah 17 MAC 2010


>> nie la antara gmba...selit jap sebelum along smbung balik kisah dan perjalanan KAMI..hehe

[ gamaah >> naek cruise >> museum >> cairo land >> city star >> ma3rad ]



Thursday, March 18, 2010

PAKAI KAIN??SIAPA TAKUT!

salam semua...

gimana kabar kalian hari ini??hehe...baik gak?
cewah,jadi org seberang kejap,heheh...

korang...korang...along nak crite satu benda....tapi,korang janji jangan bagitau spesies group B batch along tau sebab ni rahasia umum,takut dorang tak dapat menerima kenyataan dan merajuk ngan along lak nanti,huhu...tapi kalau dorang ter-tau jugak...well,nak wat camne...dah rezeki dorang,heheh(dengan muka jahat)


tarikh berlaku: 17032010
hari berlaku :rabu
kota :Kaherah
negara :Mesir
pelakon utama lagi famous : ahli rumah KAMI
pelakon antagonis lagi tak famous : spesies group B(se-batch along)
pelakon tambahan tapi menyenangkan : ahli group A (se-batch along gak)

Alkisah,universiti tempat kami belajar dan diajar dengan bangganya membuat suatu lawatan sambil ponteng kelas(hehe) a.k.a jaulah ke beberapa tempat sekitar kaherah...

ahli2 rumah Kami dengan semangat yang berketul-ketul telah meeting malam sebelumnya bagi mempersiapkan diri untuk berjaulah dan kami telah memutuskan suatu ketetapan undang2 utk memakai pakaian berwarna hitam dari hujung kepala hingga buku lali(tidak termasuk stoking dan kasut)...

kebetulan pakaian kami semuanya jubah..ish2,cam group ninja lak rase(maaf the incredibles)...

dengan berbekalkan roti fatiroh semalam yg disponsor oleh acik,kami ber-5 pon berjalan dengan kaki yg ada menuju gamaah...

dan disanalah segalanya bermula...


Lokasi 1-gamaah Tanta,semasa tunggu bas

masa tu kan,along and adik2 along yang lain sedang berjalan dengan formation 1-4 sambil tertawa riang menuju ke arah rakan2 akhawat kami yang sedang menuggu di depan pintu masuk kuliah thibb apabila secara sedar lagi suspen ucu berkata,"wei..tadi kan,orang(ucu) dengar ikhwah kate,'boleh ke nak main kalau pakai kain?'-lebih kurg camtu la ayat dorang-masa kite lalu depan dorang tadi..."kata ucu sambil membesar matanya..

along n adik2 yg lain berkata,"apa?!!betul ke ucu??"

kami bertanya seperti tidak percaya..tapi kerana ucu adalah seorang adik yg jujur dan selalu menjaga kebersihan telinganya dari segala kotoran maka kami yakin apa yang ucu dengar adalah sah dan betul...

macam2 reaksi yang along tengok adik2 along buat...angah dan ateh bereaksi secara normal,iaitu hanya mengeluarkan suara2 marah....

tapi yang paling ganas bereaksi adalah acik dimana beliau telah menendang pembatas taman dengan kasut getahnya sambil membebel marah(emo tu!-hehe,hidup acik!)

along dengan nada cool dan bergaya berkata,"kita jangan layan orang b***h ni,kalau kita layan,kita pon sama cam dorang!wat b***h sudah!jangan layan"...lagi kuang ajaq nyer ayat,hehe(jangan contohi along)



sambil ngok-ngek-ngok-ngek tu kami pon sepakat kami akan buktikan kat spesies group B tersebut walau dgn kain dan berjubah kami mampu main kat cairo land tu dengan bahagia hatta naik roller coaster sekalipon...semua permainan yang dorang naik akan kami naiki jua...(ko lihat saja bha nanti!kata along dalam diri)


so,kami pon bertolak lah ke kaherah dan alhamdulillah bas yg rela dinaiki oleh kami itu nyaman dan selesa...

(bersambung)



ucu gantung buaian



di satu waktu Isyak yang hening
tibe ucu hntr ym sebijik..
ni la rupenye



alamak gambr x clear

xpe2x small mete
makanye ateh "kopi pes" blik pe ucu hantar

"sekiranya kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kpd kita,

tetapi sekiranya,kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

sekiranya,

kita cinta kpd manusia.


kita akn cemburu kpd orang yang mencintai org yang kita cintai

tetapi sekiranya ,

kita cinta kpd Allah,

kita akn turut mencintai org yang melabuhkan cintanya kpd Allah juga,

YA ALLAH,

andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku.

maka,

campakkanlah ke dalam hatiku

cinta kepadanya adalah kerana-mu,

dan campakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-mu,

namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepadaku ..

pehekah??

ape y ateh leh komen
adalah spt berikut...

1) sebahagia-sebahagia cinta adalah bersama Dia yang Maha memiliki cinta
2) tu bukan kata ateh sorg. xcaye tnye la sape2x yg dpercayai
3) jodoh tu nnt dtg ble smpai msa. xyah cari
4) ni pon bukan ateh y cakap. ramai lg y kata mnda y sma. x caya g la tnya lagi
5) doa la untuk tiap sesuatu sbb kt xtau mna satu y tbaik untuk kita
6) ni kata2 TP untuk ateh dulu..sgt berbekas dalam hati

untuk no 7 dan strusnye...
nnt la tules laen
ateh nak pikir smthng sket
huhu

babai
sekian dulu utk kali ni
nnt kite nyembang2 lagi



p/s: ucu tgh usaha mngantung buaian agaknye..tu yang asik ckap pasal cinta nih
ye ke ucu??
hehe..ucu kantoi

~~TTK and promosi..huh!!

salam3laik
dah lame ateh x singgah...buat2 sebok smpai lnsung x jengah
maaf la ye
mcm la de org kesah..kan2x


kali ni pon ateh nk promote smthng
mentang2 xde idea
blasah je ape y ade
act, ateh sajenak memenuhkan kuota keje bdak2 promosi I am MD
ateh tau diorg sebuk n x menang tgn
makanye
sile dtg ye kwn2
program y bmanfaat lagi free(ateh tau korang suke)
hehe
dan untuk itu...


moga program ni bawa kbaikan untuk semua
kami usaha yang terdaya untuk buat yang terbaik utk program nih~~
bak kata pengarah...err,ateh lupe dia ckap ape..hu~~

last but not least...
100 y dtg awal iA dapat bfast(free lagi)

meh kita kejar tamayyuz sama2x

ateh wajibkan smer ahli bet ateh datang awal
sile amek phatian ye along, angah, acik n ucu!!

PARTY KAKAK KAMI...


>> nie la serba sket gmba time bt suprise tuk Kak Najwa y ucu rajin upload..hehe..menjadi jgk party itu...wiii~[ucu pengarah???]..
>>sgt seronok bile dapat gembira mcm tu...smbil makan2 dgn byk nye [kembung pewut..haha]







Tuesday, March 16, 2010

AWAS !!! PANADOL pain KILLER...!!!!

CHEMICAL HAZARD - Paracetamol ( acetaminophen ) merbahaya.

BLOGGER_PHOTO_ID_5401007991174179394
PANADOL MERBAHAYA : JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)UNTUK PENGETAHUAN,

ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

BLOGGER_PHOTO_ID_5401008698053352418
Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

BLOGGER_PHOTO_ID_5401009954327756738
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.




Monday, March 15, 2010

hipokrit=tipu ka?=hek eleh,blah la lu=ceh,cakap x serupa bikin?

salam semua...

setelah lama along bertapa sambil membekukan otak dan jari utk mengepos belog,kini along hadir di sekitar rumah Kami untuk mengepos apa2 yg patut dipos..kui kui..

1. along beranggapan bahawa rata2 spesies group B adalah hipokrit,yakni hanya berani di YM,FB dan pengecut di depan..(jika bersemuka)

2.along berfikiran bahawa kadang2 mereka2 ini (spesies group B) sering membuat spesies group A berfikir,"tipu ka ni?'...

3.along berandai bahawa along mengatakan kepada mereka,"hek eleh,blah la lu!"dihadapan hidung2 mereka..

4.dan akhirnya,along berkesimpulan bahawa mereka2 (diulangi=spesies group B) adalah layak utk dikatakn dgn perkataan,"ceh,cakap tak serupa bikin!"

moral of the story?...jika kita berhipokrit sejenak (dgn kaedah yg betul) demi menjaga nama baik Islam,

it`s ok,

tapi kalau terlebih berlakon hipokrit...

dan batasan2 syariat yg sepatutnya dipagari pada diri kita masing2 dibuka lalu dicampakkan ke bakul baju...

sehingga ikhtilat jadi biasa...YM yg asal berbau kerja tiba2 berbau personal...cerita yg x patut distorykan pon dicerita ke org yg x berhak(bukan mahram)...

akhirnya..mgkinkah zina hati dan zina2 lain x akan wujud klau sebegini hipokrit lakonan mereka di balik tabir YM dan FB?!

wahai enta2 dan enti2 disitu...dijaga dong kelakuannya...memalukan dan sgt mengecewakan seandainya kalian bersikap sok malaikat didepan kami tapi ternyata sok setan dibelakang kami...

zina itu bukan bermula di semak2

zina itu bukan hanya wujud di hotel murahan

tapi zina itu bermula dari hati yg tidak dipagari

sekian

p/s: sape2 yg terasa tu baguslah sebab maknenyer korang de hati lagi
oh ye,spesies group B yg tertera disini adalah group B kat gamaah along yg se-batch ngan along,harap maklum(group B batch lain x termasuk lagi setakat ni ek,haha)

"kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi"

salam peace~







Panduan Memilih Isteri ^_^

Panduan Memilih Isteri
www.iluvislam. com
oleh : Mohd Sukri Othman
editor : doraemong13


"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)


Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina


Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman


Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan


Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Serbia


Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama


Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali


Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil


Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.




mereka sudah tua..hehe

Assalamualaikum....



Hari nie genap dua org lagi kakak-kakak KAMI menjangkau umur 22tahun..


esok pulak ulang tahun kakak KAMI yg sorg nie yg ke 25...


oleh itu KAMI ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ukhti Najwa, Ukhti Amal dan Ukhti Najibah...
semoga persahabatan dan persaudaraan kita selama ini berkekalan dan diredhai Allah..doakn semoga kita sma-sma berjaya di dunia dan akhirat..insyaAllah~
KAMI sayang kakak-kakak KAMI :D :D