Tuesday, June 29, 2010

Malaikat Kecil Pada Hari Jumaat

Esok exam histo.last paper tahriri.
Utk rilex2 meh bace sini kejap~~

Malaikat Kecil Pada Hari Jumaat


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

“Ayah! Saya dah bersedia”


Ayahnya terkejut dan berkata

“Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah

“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”


Dengan merintih anaknya merayu

“Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya
pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini
hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu”
dalam nada yang lembut


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya

“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik”


"itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya
ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini.

Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

kamu mnanges??

jgn kesat airmata tu shbt2
Biarkan die itu menitik. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang~~

berita harian,27 jun 2010

Sunday, June 27, 2010

award lagi~

awards dari Kak Alia Bucuk [kak alia suh tulis yang baek]

syukron awi!!!

Award ni datang bersama sedikit tugasan..ok..penerima award seterusnya adalah

Safiah Sariyyah Sani
Safiah
Sariyyah
anak perempuan Sani
budak umah bawah

sudi2 la ye terima award ni..

Ni tugasan yang datang bersama award:
  1. Copy dan paste kan pada blog korang

  2. Buat satu entry tentang award ni

  3. Ucap terima kasih dan letak link pada entry tersebut

  4. senaraikan 5 blogger sebagai penerima award

  5. Beritahu penerima award supaya dia tahu yang dia adalah penerima award





TAG~ (-_-")

Terima kasih diucapkan kepada sahabat baek ucu di KMP iaitu syifak atas tag yg diberi....tak penah di tag nie~adesss


syarat 1= mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda
Z - ZON RUMAH KAMI [sangat susah la huruf nie...waaaaa~]


syarat 2= jawapan xley berulang
baek cikgu syifak ^_^


1. nama anda :
ZOOM PERKATAAN INI [takde idea nak tulis mcm ne dah~] --> FADZILAH FASHIHAH MOHD FADZIL

2. perkataan 4 huruf :
Zany


3. nama budak laki:
Zaim [sapekah???haha~]


4. nama budak perempuan :
Zinnirah [hentam jer laa...janji nama kan]


5. pekerjaan :
Zoologist [selamat de jgk pekerjaan huruf z ^^]


6. warna :
warna......Zamrud [leh ke???]


7. sesuatu yang anda pakai :
baju jenama ZF TOP COLLECTION [peergghh..memang sedap baju kurung dkt sini..haha~]tolong promote lak :P


8. makanan :
buah Zaiton


9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas :
Zero [tak jmpe pe2 la dalam tandas huruf Z...dah check dah..huhu~]


10. tempat :
Zoo [yess...de jgk]


11. alasan bila terlewat :
ZZzzzzzZ~ [tu tnde nye tido laaa~tp bkn ucu kot..hehe]


12. sesuatu yang anda jeritkan
mungkinkah Zikrullah [baek giler tu~]


13. tajuk filem :
Zoroooo~ [layan jer laa~]


14. minuman :
air Zam-Zam [alhmdulillah de jgk...penat fikir~ -_-!]


15. kumpulan muzik :
the Zikr [de lagi ke sekarang??]


16. haiwan :
Zebra [de binatang len ke???]


17. nama jalan :
Jalan Zam Zam
Kel. Srengseng, Kembangan
Kota Jakarta Barat 11630 [cari dalam internet tu..adesss~]


18. jenis kereta :
kereta bernombor plat mula huruf Z kot~ [dah xde idea]


19. mereka yg bakal di tag :
-Lafaz Yang Tersimpan --> Mekna
-Anelda's Head--> Adlena
-MeNinJaU DaRi PerSpeKTiF YaNG BeRbEzA --> Kak Alia
[3org pom dah cukup kan~]


>>susah la jwb tag...jangan tag lagi laa..huhu..dah la huruf Z...adess..mencabar btol~




Thursday, June 24, 2010

kata2 along~daku terpana

Assalamualaikum...

baru je ucu nak merapu...

tgk2 ateh lagi awal merapu..ok...ateh memang sokmo gitu..tak dapat diubah..korang tak cakap pom xpe..dh tahu dah~huhu [mesti jap g ateh akan berlari2 ke bilik dan berkata "ucu kenak ateh!!!!"] *baca dgn kadar jeritan korg leh dengar dari tingkat 6*

ucu sebenarnye terharu ngn dialog along semalam...

time tu tengah study dkt ruang tengah...konon nak cari ketenangan...tapi kata2 along nie memang bt ucu tak senang duduk laa...along study dalam bilik, pastu die kuar menuju ke ruang belakang umah [baca:tandas]...maka berlakulah dialong ini -->

“nape tengok org senyum2 nie???”

“laaa…tengok pon tak leh ke??”

“masalah nye klo tgk sje takpe…nie tgk mcm de makne~”

“ye la…ucu kan bermakna dkt hati along”



tak terharu ke bile de orang cakap mcm tu??? seyes la along...ucu memang ter'HARU' giler...*gelak guling2 time tu*

CAYALAH ALONG! U'RE FOREVER IN MY HEART~mmmuuaahhhxxxx XD [tuk along jer ek~]

meh sini tgk katak besa


salam 1mesia [bce ngan nada cam pedane menteri=p]
juga sekadar gambar hiasan.tiada kena mngena dgn sesiape y bace


hu~~

ateh...

rase nk menulis sesuatu
nak menulis
nak menulis jugak~!~~~!!!!

tp

x

x

x


x


x


x


x


x


x


x


x


x


x


x


x


x


x


x



oh ateh sungguh xde idea

nk cter psl summer,hampir smer blog da cter
nk cter psal exm, mcm saje suke2 mmg xmo cter
nk cter psal ateh,kang org kte syok sendiri
nk cter psl ahli bet,nnt diorg prasan ateh syg diorg plak
[syg kt diorg xleh ckp byk2 sgt.nnt diorg lemak cam santan]


sudahnye?

nk menulis
nk menulis
nk menulis

ok dah tulis ^_^

p/s:a piece 4 u oll

"Ketahuilah bahawa kesulitan dan kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa dan menambah pahala"

Monday, June 21, 2010

Wahai Puteriku~

Bicara hati seorang ayah...

Puteriku..
Benarlah bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu, seolah kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk, silakan...
Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak : Pencuri! Tolong..tolong..! Saya dicuri!

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu ditelanjangi pakaiannya.

Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, kebanyakan mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!

Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatiannya, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?

Kalian berdua sesat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan dan selepas itu selamanya akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Si lelaki akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, hidupmu berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.

Puteriku...
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Bagaimana tinggi pun status sosial kejayaan, karier, populariti, prestasinya, namun sesuatu yang paling agung dan sangat diinginkannya adalah menjadi isteri dan ibu yang baik kepada sebuah rumah tangga yang bahagia.

Tidak ada seorang pun lelaki yang mahu menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang. Apabila akan berumahtangga ia tetap akan memilih wanita yang baik, kerana ia tidak rela suri rumahtangganya dan ibu kepada putera dan puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.

Puteriku..
Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.

Oleh kerana itu, jangan berikan diri kalian semudah itu. Sesungguhnya kemuliaan yang tercela tidak akan kembali, martabat yang hilang tidak akan dapat ditemui kembali.

Inilah nasihatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Sedarilah bahawa di tanganmulah kunci pintu perbaikan. Bila diri kalian diperbaiki, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.

Kehormatanmu terletak di tanganmu. Keruntuhan akhlakmu juga di tanganmu
Sumber : Diubahsuai daripada majalah SOLUSI ~Memo : Wahai Puteriku~


p/s: sebagai peringatan walaupon rmai dh biase bc kan~ :)



dari hati-shaffix

kala cinta pada manusia

adalah segalanya

indahnya impian dan harapan

telah membutakan mata

hingga menipuku dalam sandiwara sempurna

dan yang kudapat

hanya luka mendalam yang sulit kusembuhkan

kucoba seperti tak ada apa-apa

kucoba yakinkan ku baik-baik saja

akhirnya ku lelah bertahan

dan ingin ku curahkan sgala rasa kekecewaan

terasa menyesakkan dada

kala cinta pada manusia

dikhianati tinggalkan ku sendiri

hanya airmata bicara

tanda hati hancur terluka

Kau masih saja menemani setia

tiada Kau lelah akan keluhan

tiada Kau marah karena bosan


mendengarkanku

yang telah melupakanMu


aku....melupakanMu

kini aku mengerti bahwa

cintaMu saja yang tak akan pernah mengecewakanku

p/s: ok I lied,sedihnya bakalan lama...

Saturday, June 19, 2010

ditegur



cerita itu...

berakhir sedih...

tak kesampaian...

bertambah lecuran ditangan...

Allah pengen negur...

baru tangan yang lecur...

belum hati yang hancur lebur...


niatmu selesai sudah...

tau kabarnya,tau ceritanya,tau perkembangannya...
ya udah

ucapan terima kasihmu sudah kesampai...

apalagi yang ditunggu...

Allah ingin menegurmu...

langkah keduamu salah,niatmu yang seterusnya kesasar...


Allah ingin menegur...

sudah cukup apa yang ada padamu kini,gak usah ditambah lagi...

sebelum menjadi semakin sakit...

sebelum menjadi putus asa yang amat...


ingat tujuan asalmu...

Allah ingin menegurmu...

karena Dia sayang banget sama kamu...


"Ya Allah,jika benar iya,pertemukan secara baik,pada saatnya yang sesuai,jika bukan,jauhkan secara baik dan berikan pengganti yang lebih baik..."



p/s: sedih boleh,tapi jangan lama ya??

Thursday, June 17, 2010

die y bername sarah[post tambahan-maap ucu !-_-]


ni Angah kami.
bukan angah 'rumah kami', ni angah dlm famili 'smart circle' kami

introducing...
.
.
.
.
.
.
.
loading 10%
.
.
.
loanding 45%
.
.
.
.
penat loading.lambat benor

so xyah loading

introducing[again] to you...

cik siti wan kembang semangkuk

[bunyi ketuk2 rebana ubi dan kompang2 siket]

err~~bukan2

cik siti sarah tuan stia
[bunyi kompang2 lg..yea!!]

-org perak
-sekutu tganu
-suke pink
-suke merah jugak
-sgt pandai
-solehah
-suke gelak
-member kamcing dia name mardhiah
-solo lg iA
- and besday die hari ni!!!!!!!!

[hepi 21th cik siti sarah~!!!!]

x berhasrat utk tules pjg2
harapah ateh utk kak sarahkusyg,

>moga angah terus berjaya dunian n akhirat terutamanya
>moga sllu dekat ngn kbaikn,jauh drpd kjahatan n kezaliman
>slalu dlm kebahagiaan n kasih syg
>umur yang berkah dlm kesihatan n ketaatan
>thabat dlm pjuangn
dan

>>>kawen cpt!
[calon da ade.xpe,ateh x bocorkn sape.hikhik]

maka dgn ini,dgn rasminye ateh akn panggil beliau kak sarah

sonok2x

hu

lastly,
utk kamu kak sarahkusyg,
merangkap teman spjuangn y memahami n menemani n mnyayangi
juga byk bg nasehat n kte2 best..

EID MILAD SAIED
uhibbukifillah
wink2x




Selamat Ulang Tahun


Salam Imtihan....[bapak skema kan..hahaha]

SELAMAT HARI LAHIR buat Kak Siti Sa
rah Tuan Stia yg ke 21...[de sape2 nak tlg nyanyi???]



semoga Allah sentiasa redhai dan rahmatimu...semoga kejayaan milik bersama...

ari nie birthday Kak Sarah yg merupakan ahli sc ateh ngn ucu...walaupon dlm sc ptot nye pggl angah...tp ucu terbiasa pggl along jgk...berjangkit ngn Baiti Jannati..huhu..maap ek ahli bet Baiti Jannati...

Kak Sarah jg dikenali dengan panggilan Mbak Eliana [btol ke ejaan gini???]...nak tahu sbb pe???tnye la empunya diri sndri...hehe...

along nak adiah ke???ucu adiah kan kuntuman doa tuk along dari kejauhan ini...huhu...jauh la sgt...lorong sebelah jer...skodeng dari balkoni pon nmpk...hehe...td engt nk banje along mkn, ttp along balik awal sgt..mmg psycho laa...adesss~

ok la...tu jer...rse nye nnti mesti ateh akan menokok tambah...maka ucu kne berenti..sbb ateh byk idea...pjg lak entri nie kang...haha~ :P

wassalam...


comey jgk kan kek bola..huhu~





Wednesday, June 16, 2010

bujangan


begini nasib
jadi bujangan
kemana-mana
asalkan suka
tiada
orang yang melarang


hati senang walaupun
tak punya uang..ooo
hati senang walaupun
tak punya uang

apa susahnya
hidup bujangan
setiap hari
slalu bernyanyi
tak pernah
hatinya bersedih


hati senang walaupun
tak punya uang...ooo...
hati senang walaupun
tak punya uang


begini nasib
jadi bujangan
kemana-mana
asalkan suka
tiada
orang yang melarang


p/s: ni lagu favorit pakcik along kat indonesia tu tyme die mude dulu...die slalu nyanyikan kat kiteorg lagu ni masa kecik2 dulu ngan gitar,lama2 lekat gak ngan lagu ni,sbb cam sesuai lak ngan along,hahaha...btw,lagu ni dinyanyikan oleh Koes Plus

Thursday, June 10, 2010

haramkah-melly goeslaw



haram-haramkah aku
bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku

biar aku tak jadi melanggar
aku cinta pada dirinya
cinta pada pandang pertama
sifat manusia ada padaku
aku bukan Tuhan

haram-haramkah aku
bila aku terus menantinya
biar waktu berakhir
bumi dan langit berantakan

aku tetap ingin dirinya
tak mungkin hatiku berdusta
hanya Tuhan yang bisa jadikan
yang tak mungkin menjadi mungkin

aku hanya ingin cinta yang halal
dimata dunia juga akhirat
biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku

aku hanya ingin cinta yang halal
dengan dia tentu atas izinNya
ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
ku menanti cinta...


p/s: i know i know,its weird..but just a post,hehe

salam peace~

Wednesday, June 9, 2010

Isnin 7hb Jun 2010 -Ahmad Al-Tantawi =)



MABRUK UNTUK KAK UYUN DAN USTAZ HAFEEZ atas kelahiran seorg putera yg ensem...hehe~
berat 3.5kg , masa : 10.40pg


moga kelahiran seorg tantawi nie memeriahkan lagi kehidupan kalian..

Kak Iffah jgn majuk2 lagi..dah de adk nie.. \(^_^)/ acik g umah,iffah lak takde..huhu



Tuesday, June 8, 2010

Kisah Budin

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mahsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza. Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sekijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak?

Tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!..


MORAL: JANGAN SESEKALI BERNIAT BURUK



p/s ~> untuk ahli RUMAH KAMI...tak baik buat jahat dkt ucu tau..keturunan Fadzilah [baca:Yang Mulia] nie..huhu..doa org dianiayai termakbul :D :D




prehafalikutbukuism vs prefahamsepenuhhatiism

* tulisan ini tidak bermaksud menikam mana2 hati,jantung dan peparu mana2 manusia,hanya pendapat pribadi,tidak boleh dijadikan hujah berpidato,rujukan psikiatri dan penunjuk jalan dikawasan rumah kami.arigato.


Maka kami,pelajar perubatan Tanta,berjanji :

1. akan menghapuskan dasar prehafalikutbukuism yang melanda cara kami study memandangkan dasar ini hanya membuat otak kami seperti cpu komputer yang hanya mampu menyimpan data2 nota2 matapelajaran tanpa dapat mengaplikasikan dalam kehidupan nyata.

2. akan mengamalkan mulai sekarang sampai bila2 dasar prefahamsepenuhhatiism memandangkan fahaman ini amat berguna dlam kehidupan kami sebagai pengamal perubatan kelak kerana ilmu yang kami peroleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebagai benda yang nyata.

3. tidak membiarkan diri menjadi dokter buku teks

4. mengubah diri menjadi dokter yang mampu mengaitkan seluruh sistem badan menjadi satu,bukan mengasingkan sistem badan mengikut fungsi masing2

5. menjadi dokter yang tidak obses dengan gelaran mumtaz diijazah semata,tetapi lebih mementingkan kualiti ilmu perubatan di dalam diri dan kemahiran menggunakan ilmu tersebut untuk merawat manusia.

6. mencontohi doktor2 yang faham ilmu dengan hati yang ikhlas,kerana mereka mampu menerangkan sesuatu perkara tanpa melihat buku dan mampu menerangkannya dengan cara yang simple dan logik akal.

7. dapat belajar dimana2 saja,tidak hanya mencari ilmu didalam kelas,tetapi selalu meleburkan diri dalam lingkungan masyarakat sekitar kerana pengalaman adlah guru yang terbaik!

quotes of the day: jangan mumtaz `kosong`,tapi mumtaz `berisi`

salam peace~

*luahan ini dibuat berdasarkan pengamatan along terhadap exam final universiti tanta tahun 2010 ini memandangkan teknik hafalsekarang-lupakemudian tidak membantu meningkatkan kualiti seorang doktor yg gemilang tetapi teknik fahamsekarang-selamanyafaham insyaAllah berguna bagi diri dan orang lain,dunia dan akhirat.
ingat,perjuangan seorang doktor bukan diatas buku teks dan kertas perikse,tetapi perjuangan sebenar adalah dihadapan pesakit dan ketika kita sedang merawatnya.


Sunday, June 6, 2010

T_T



gmbar hiasan.xde kena mngena ngn ape y ateh nk tulis.skadar meriahkn alam sekitar

[skrg 060610]

maknanye.....

ESOK EXAM !!!!!!!!!!!!!!!!!!

ape ateh rse ni???

~~hilang keyakinan dr??~~~

uwuuuu....

PTSD[post-traumatic stress disorder] mungkin <------melampau sgt la pulak

hu

doakn deh!!

najah semua...amin...


Thursday, June 3, 2010

"BERIKAN KAMI AL-QUR`AN,BUKAN COKELAT!"

salam semua...how`s life?

along nk kongci cket artikel ni,terharu gak masa baca ,maleh nak translate,jadi paham2 sendiri la ye,tenkiu...

“Berikan kami Al Qur’an, bukan cokelat!”


January 23, 2010. Dikirim Sutikno bin Tumingan dalam Kisah Teladan, Pribadi Shalihah | 33 komentar

“Al Qur’an! Al Qur’an! Bukan cokelat! Bukan Cokelat!” kata anak perempuan setengah berteriak ke beberapa teman lain yang sedang mengurus pengungsi.

Dua Pasang Mata di Tengah Salju: Al Qur’an Bukan Cokelat!

(Banyak yang sebenarnya harus saya catat ketika bekerja menemani anak-anak di berbagai daerah dan negara. Namun,cerita yang satu ini amat berkesan. Menohok konsep diri.)

Anak-anak hebat tidak selamanya lahir dari fasilitas yang serba lengkap, bahkan sebagian dari mereka disembulkan dari kehidupan sulit yang berderak-derak. Mereka tumbuh dan berkembang dari kekurangan.

Pada sebuah musim dingin yang menggigit, di sebuah pedalaman, di belahan timur Eropa, kisah ini bermula. Kejadian menakjubkan, setidaknya bagi saya.

Salju bagai permadani putih dingin menyelimuti pedalaman yang telah kusut masai dirobek perang yang tak kunjung usai. Dentuman bom dan letupan senjata meraung-raung dimana-mana. Sesekali, terdengar ibu dan anak menjerit dan kemudian hilang.

Di tenda kami, puluhan anak duduk memojok dalam keadaan teramat takut. Sepi. Takada percakapan. Takada jeritan. Hanya desah pasrah merayap dari mulut mereka terutama ketika terdengar letupan atau ledakan.

Di luar, selimut putih beku telah menutup hampir semua jengkal tanah. Satu-dua pohon perdu masih keras kepala mendongak, menyeruak. Beberapa di antara kami terlihat masih berlari ke sana-kemari. Memangku anak atau membopong anak-anak yang terjebak perang dan musim dingin yang menggigit tulang.

Tiba-tiba dari kejauhan, saya melihat dua titik hitam kecil. Lambat laun, terus bergerak menuju tenda kami. Teman di samping yang berkebangsaan Mesir mengambil teropong.

“Allahu Akbar!” teriaknya meloncat sambil melemparkan teropong sekenanya.

Saya juga meloncat dan ikut berlari menyusul dua titik hitam kecil itu. Seperti dua rusa yang dikejar Singa Kalahari, kami berlari.

Dari jarak beberapa meter, dapat kami pastikan bahwa dua titik hitam kecil itu adalah sepasang anak. Anak perempuan lebih besar dan tinggi dari anak lelaki. Anak perempuan yang manis khas Eropa Timur itu terlihat amat lelah. Matanya redup. Sementara, anak lelaki berusaha terus tegar.

“Cokelat …,” sodor teman saya setelah mereka sampai di tenda penampungan kami.

Anak yang lebih besar dengan mata tajamnya menatap teman saya yang menyodorkan sebungkus cokelat tadi.

Teman saya merasa mendapat perhatian maka dia semakin semangat menyodorkan cokelat. Diangsurnya tiga bungkus cokelat ke kepalan tangan anak yang kecil (yang ternyata adalah adiknya).

Sang Kakak dengan cepat dan mengejutkan kami mengibaskan tangannya menolak dua bungkus cokelat yang diberikan. Teman saya yang berkebangsaan Mesir itu terkesiap.

“Berikan kami Al Qur’an, bukan cokelat!” katanya hampir setengah berteriak.

Kalimatnya yang singkat dan tegas seperti suara tiang pancang dihantam berkali-kali.

Belum seluruhnya nyawa kami berkumpul, sang Kakak melanjutkan ucapannya,

“Kami membutuhkan bantuan abadi dari Allah! Kami ingin membaca Al Qur’an. Tapi, ndak ada satu pun Al Qur’an.”

Saya tercekat apalagi teman saya yang dari Mesir. Kakinya seperti terbenam begitu dalam dan berat di rumput salju. Kami bergeming.

Dua titik hitam yang amat luar biasa meneruskan perjalanannya menuju tenda pengungsi. Mereka berusaha tegap berjalan.

“Al Qur’an! Al Qur’an! Bukan cokelat! Bukan Cokelat!” kata anak perempuan setengah berteriak ke beberapa teman lain yang sedang mengurus pengungsi.

Saya dan teman Mesir yang juga adalah kandidat doktor ilmu tafsir Al Qur’an Universitas Al Azhar Kairo itu kaku.

[Takakan pernah terlupakan kejadian di sekitar Mostar ini. Meski musim dingin dan dalam dentuman senjata pembunuh yang tak terkendali, angsa-angsa terus berenang di sebuah danau berteratai yang luar biasa indahnya. Beberapa anak menangis dipangkuan. Darah menetes. Beberapa anak-anak bertanya, dimana ayah dan ibu mereka. (Saya ingin melupakan tahunnya.)]

p/s: kalau kita ,apa yg akan kita minta agaknya dalam situasi macam budak kecil tu?Al-Quran?ye ke?

tepuk dada,cek iman

salam peace~