Monday, October 11, 2010

ubat rindu

salam semua

maaf sesangat along ucapkan kepada peminat blog rumah kami (perasan) diatas ke`invi`an ahli bait rumah kami yang malas nak update blog.Bukan apa,cuma kami ni orang yang busy belaka (cecece) jadi blog rumah ni pon sedikit `terlupakan`,hehe...

nak tau kenapa along sibuk sangat musim cuti ni??ha,ni la antara aktiviti along yang tak berapa nak ber`timbun` ni...

1.buat keje2 PCT : UPP+ECON+U.Kebajikan

2.pemangku mandubah selangor (padahal baru je daftar tahun lepas,haha)

3.unit protokol n pengisian sambutan mahasiswa baru 2010 (banyak kali kena muhasabah,huhu)

4.ajk sisterhood in summer ke balteem

5.kelas adobe Ps n sony vegas

6.bendahari rumah kami (sementara jek)

7.ahli panel forum (sekali je pon,ahaks)

8.pelajar yang masih terus belajar

9.hamba Allah,so pasti..

tu la antara aktiviti along sepanjang cuti musim panas 2010 ni...raya pon ala kadar je,tak sempat nak pegi shopping baju raya kat hussin macam tahun lepas,sob sob,pakai la baju yang bese gi kuliah,sob sob,tak pe la,bak kate along,apalah ada pada baju,hehe...

ala kulli halnya,semoga musim cuti kali ni mendapat ridho Allah...bukan terbuang sia-sia macam tu je...along berharap adik2 along yang len pun begitu hendaknya...terutama yang balik mesia nun...acik dan ucu....jangan lupe kan oleh2 untuk akak2 mu disini,hehe

cume tanta sepi dari kehadiran senior2 sebab ramai yang pulang ke tanah tumpah darah mereka,ajkt pct apa tah lagi,tinggal 5 `keping` je,dah tu sorang terpaksa pegang 3-4 jawatan secara tetiba(mcm luahan perasaan lak) jadi ....begitulah,hehe...

kesimpulannya,berliburlah anda dengan liburan yang disukai dan diridhoi Allah ^_^

p/s: tahun depan nak balik gak,tak kire,nak wat attachment sehh...(straight 2 tahun x balik ni,kire pecah rekod ke?hehe)

Friday, September 24, 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut


LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

see---> Jurnal Public Library of Science


p/s=hasil curian di berita harian

Thursday, September 23, 2010

meOwW....mEoWw

SeLAMaT hARi RAyA
lambat cket la:D:D




saje nak post kat cini




sebab dah lame tak post




lame tak post sebab lupe password



sebab tu lah lame tak post






hehe:D:D

Thursday, September 16, 2010

apa yang kamu dah perbuat???

...................................secebis kisah mereka ................................................






............................"tanpa kemanusiaan" [ariel sharon]........................................




mereka dah lama menderita.

sejak dulu,sampai sekarang

apa yang kamu dah perbuat untuk mereka??


p/s: cerita penuh di sini

sebarkan kalau anda rasa perlu

Thursday, September 2, 2010

ucu dan besdaynye~

Salam Ramadhan Kareem~~

Maalish wahai peminat-peminat ahli blog Rumah Kami sumer. Lama sangat dah blog ni tak terhapdate rasenya . Huhu. Start fasa abeh pekse pastu masuk ke fasa wafidin bebondong-bondong pulang ke tanah air , blog ni takde sape sempat nak hapdate. Sob2, isk2. Ade unsur-unsur kesedihan yang mendalam disitu.

Cume bebaru ni je ucu ade post something. Selamat blog ni. Kalo tak, bukan setakat tupai tanah wat sarang, burubg kasuwari pon bleh wat banglo siap ngan kolam renang bertingkat. Nauzubillah!!

Okies2x

Masuk citer laen.

Semalam [2 september 2010], ade srg budak tak bape nk budak.dah macam mak budak pun dah masuk umo ke 20. Makanye rumah kami kini da takde budak2 hingusan belasan dah. Sumer dah masuk zaman perpuluhan camtu. Along ngan Angah dah 21. Acik ngan Ateh tengah menunggu mase cukup umo utk mngundi, Ucu plak dah tak bleh gne alasan die budak belasan untuk elak dpertanggungjawabkan.[merapu T_T]

Sori2x.He

Macam seronok pun ade. Terharu pun ade. Tak tahu la knape. Agaknye tadi ade scene sedih kut jadi terbawak2 masa taip post nih.heh. sila abaikan!

So untuk ucu, ateh mintak maaf sbb td wish ucu pon lambat. Mcam yang ateh wat alasan ckp la, ateh gune timezone Uruguay. Tu yang cam lambat sket. Masalah trafik line tepon kat sane. Tambah pulak dengan kadar kelambatan matahari terbenam di sana yang lebih lambat dari Malaysia membuatkan alasan ateh begitu kukuh. Maafkan ateh!!!

huhu

eh jap..!

Hah?

Ape?

Tak kenal ucu?

Jap2

Scroll lagi ke bawah dgn sabar.
















ucu yg baju hitam. yang baju pink tu iffah. anak ucu kak uyun.

Baek2. Kembali ke zon serius.

Sungguh kita nampak angka pada umur tu bertambah. Tapi hakikatnya yang kita tak berapa nak nampak, semakin pendek masa yang kita ada untuk mencari bekalan. Bukan bekalan nk gi Baltim nnt tu, ni nak gi jumpa Allah~!

Masa pertemuan agung di tempat yang maha luas tu, semua orang dakwa dia bawak amalan yang pelbagai. Start dari zaman manusia tu baligh* sampailah saat Allah memanggil dengan sangkakala yang Israfil tiupkan.

Uniknya, panjang umur seseorang hamba tu tidaklah berkadar terus dengan jumlah bekalan amal yang dibawa. Begantung kepada individu, boleh jadi seseorang tu akan pulang berjumpa tuhannya dengan graf fizik yang berkadar songsang. Mungkin jugak sigmoid. Dan tak mustahil jugak graf bagi sesetengah orang itu tak de ghope [rupa-translation bg y xpham]. Atau senang cerita, bentuk die tak pernah kita belajar dalam mana2 subjek Fizik, Addmath, Mathmode mahupun Account account ade graf ke?? Ateh tak pasti. Dan pastinya kita memang tak jumpa mane-mane graf berdigit dalam subjek Sejarah, English atau Bahasa Melayu! mungkin ade cekgu tunjuk tapi ateh tak pasan sebab tido.hu~

Dan lebih lagi, boleh jadi Allah tak pandang tu sume walau berbakul-bakul dan berkarung-karung amal yang kita bawak. Kerana semua amalan itu kelak akan di’scan’ semula utk dipastikan ketulenan dan keaslian amal-amal itu daripada kutu-kutu rayau riyak, takbur , berbunga riba dan sebagainya.

Arakiannya Sungguh pun begitu, ramai yang maklum bahawa hamba-hamba yang mengetuk pintu syurga itu bukanlah kerana amal mereka tetapi rahmat Allah jua yang menjadi asbab.

Subhanallah~~

Hari ulang tahun di bulan Ramadhan. Moga ada sesuatu di situ.

Ucu pun dah selamat pulang ke Malaysia baru-baru ni. Nanti kita gathered balik kat mesir reramai pas abeh cuti, pastu kita gi la memana untuk celebrate wat doa selamat deh. Ucu banje. Hehe

Akhirul kalam, salam ramadhan kareem. Semoga bertemu lailatulqadar.ameen.

senyum siket ^____________^ [eh sori,terlebih-lebih pulak.hu]


** untuk mngelakkan kekeliruan, sila tanya yang arif ttg ini.time kaseh.