Wednesday, March 31, 2010

Hilangkan Perasaan Cemas Anda

Tidak perlu berduka, kerana Tuhanmu berfirman,

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk”

(QS. Al-Insyirah: 1)

Pesan ayat ini bersifat umum untuk setiap orang yang menerima kebenaran, melihat cahaya dan menyambut hidayah. Allah juga berfirman,

“Jika demikian adakah orang-orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya (sama seperti orang yang tertutup mata hatinyadengan selaput kederhakaan) ? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya”

(QS. Az-Zumar: 22)

Maka dari itu, menjadi jelas bahawa ada kebenaran yang akan melapangkan dada dan ada kebatilan yang akan membuat hati menjadi keras. Allah berfirman,

“Maka barangsiapa yang Allah menghendaki untuk memberi hidayah petunjuk, nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam”

(QS. Al-An'am: 125)

Ini menandakan bahawa Islam merupakan suatu tujuan yang hanya dapat dicapai oleh orang yang memang dikehendaki Allah.

“Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”

(QS. At-Taubah: 40)

Demikian Allah berfirman. Dan kalimat seperti itu hanya akan diucapkan oleh orang yang sangat yakin dengan pengawasan, perlindungan, kasih sayang dan pertolongan Allah.

“Mereka juga telah diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.

(QS. Ali 'Imran: 173)

Dengan kata lain, pemberian dan perlindungan Allah sudah sangat cukup bagi kita.

“Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu dan juga pengikut-pengikutmu dari orang orang yang beriman”

(QS. Al-Anfal: 64)

Dan, siapapun yang menempuh jalan tersebut akan memperoleh kemenangan sebagaimana yang disebutkan dalam ayat tersebut.

“Dan berserahlah engkau kepada Allah Yang Hidup, Yang tidak mati”

(QS. Al-Furqan: 58)

Dengan kata lain, apa jua selain Allah akan mati, tidak akan hidup selamanya, akan lenyap dan tidak abadi. Dan dajatnya pula rendah dan tidak mulia.

“Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”

(QS. An-Nahl: 127-128)

Ayat ini melukiskan tentang bagaimana penyertaan khusus Allah terhadap para wali-Nya, iaitu dengan cara selalu menjaga, mengawasi, membantu dan melindungi mereka sesuai dengan kadar ketakwaan dan jihad mereka.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman”

(QS. Ali 'Imran: 139)

Maksudnya adalah ketinggian tingkat ubudiyah dan kedudukannya di sisi Allah.

“Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu , kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejek-ejekkan dan tuduh-tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya) ; sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan”

(QS. Ali 'Imran: 111)

“Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

(QS. Al-Mujadalah: 21)

“Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)”

(QS. Ghafir: 51)

Bentuk ketetapan pada kalimat ini merupakan janji Allah yang tidak akan pernah diingkari dan tidak akan pernah ditunda.

“Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku) ; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya. (Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka dia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya”

(QS. Ghafir: 44-45)

“Dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakkal”

(QS. Ali 'Imran: 122)

Janganlah bersedih. Anggap sahaja diri anda tidak akan hidup kecuali sehari sahaja, sehingga mengapa anda harus bersedih dan marah pada hari ini? Dalam sebuah hadis disebutkan: Ketika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan ketika petang tiba, janganlah menunggu datangnya pagi.

Ertinya, hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Jangan mengingat-ingat masa lalu, dan jangan pula was-was dengan masa yang akan datang. Seorang penyair berkata, Yang lalu telah berlalu, dan harapan itu masih ghaib dan engkau pasti punya waktu di mana engkau harus ada.

Menyibukkan diri dengan mengingat masa lalu, dan meratapi kembali kegetiran-kegetiran hidup yang pernah terjadi dan telah berlalu, adalah sebuah kebodohan dan kegilaan. Pepatah Cina menyebutkan: "Jangan dulu menyeberangi jembatan sebelum anda sampai di jembatan itu."

Ertinya, jangan berperasangka buruk terhadap kejadian-kejadian yang belum tentu terjadi, sampai anda benar-benar mengalami dan merasakannya sendiri. Salah seorang ulama salaf mengatakan: "Wahai anak Adam, hidupmu itu tiga hari saja: hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum datang, dan hari ini di mana anda harus bertakwa kepada Allah!"

Bagaimana orang yang masih menanggung beban berat kesedihan masa lalu dan kecemasan terhadap masa depan dapat hidup tenang hari ini? Bagaimana mungkin orang yang selalu mengingat-ingat sesuatu yang telah lepas dan telah berlalu akan tenang dalam hidupnya hari ini? Ini kerana waktunya akan habis untuk meratapi semua kesedihan yang telah berlalu itu. Dan pada akhirnya, semua itu sama-sama tidak ada gunanya.

Hadis yang berbunyi: Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi, dapat pula diertikan bahawa anda harus membatasi angan-angan anda, menunggu ajal yang bila-bila masa menjemput anda dan selalu berbuat yang terbaik.

Jangan hanyut dalam kecemasan-kecemasan di luar hari ini. Kerahkan segala kemampuan untuk hari ini. Beribadah semaksimum mungkin dan pusatkan tumpuan anda untuk melakukan sesuatu dengan cara meningkatkan kualiti moral, menjaga kesihatan dan memperbaiki hubungan dengan sesama manusia.





Wednesday, March 24, 2010

PAKAI KAIN??SIAPA TAKUT (5)-FINAL DESTINATION

Lokasi 5-siti setar....

yuhu...cerita jaulah kami dah nak habis...

lastly kami sampai ke final destination kami iaitu City Star(x de tempat lain lg dah kot kat cairo ni..)

sekejap je kami diberi masa untuk berpusing-pusing dalam city setaq tu,dalam kire2 2 jam tak sampai,huhu...mne cukup beb,nak window shopping lagi,nak tengok2 orang lagi,hehe...bukan beli pa pe sgt pon...

benda yg paling mahal yg penah along beli stakat ni kat sity setaq tu adalah pemadam faber castell je,haha...buatan malaysia tu...(sebenarnya malu ngan tuan kedai sebab lama sgt duk kedai dia tapi takkan kuar tangan kosong ja,hik hik)

okeh,tu old story,new story nye lak,kami pon bergegas masuk ke city star tu...kami berlumba-lumba masuk cam makcik-makcik lari time ada sale,hehe...cuma kami lari ni bukan sebab sale,tapi sebab nak pi hamam,haha...

tapi on da way nk pi hamam tu,acik (sebagai penunjuk jalan,memandangkan dia adalah pengunjung tetap city star)stop tibe2...kami pon menoleh ke arah kanan kami...dan...

waaa....kool nyer....

kat tepi tu ada laki arab setengah baya(?) dalam umor 30-40 thn camtu tengah main piano...piano tu!bukan kecapi ye,harap maklum...romantik sungguh lagu yang dia mainkan,waaa...bergaya seh...

tapi oleh kerana desakan alam lebih kuat dan panggilan solat lebih membara(cewah)kami teruskan langkah kaki ke tempat yang sepatutnya...

he~

tak de pa pon nak cerita kat sini...gi spinney je yang sempat sebab masa suntuk...tapi yang best nya kami sempat beli cincin sorang satu...credit to angah sebab berjaya menggoda amoi cina tu untuk bagi murah dari harga yang dijual,hoho...amoi tu kate sebab kami pon sama2 dari asia so dia bagi murah,yey!...(tapi along rasa sebab angah sepetkan mata kot tu la sebab dia rasa cam familiar ngan angah,jumpa orang kampung la katakan,haks haks..)

anyway,kami agak lambat kuar dari city star tu..maklum la,punyalah kami tunggu si acik tu kat tempat cashier,rupa2nya dia dah selamat berada di bas,ceh...

kami pon dengan segera angkat kaki-kaki ini dan berjalan laju-laju dan setelah beberapa ketika baru kami sedar yang kami tak tau jalan kuar!hahaha...bukan tak tau,lupa bha,banyak sangat jalan kuar...

tapi dengan kepetahan kami bertanya pada pak guard(lebih dari sorang la jugak) kami pon berjaya kuar dengan selamat dan sentausa...dan ketika along berpaling ke belakang,haik?mane pulak ucu ngan angah ni?

rupa2nya mereka telah berhenti sejenak untuk membeli ais keling(baca:ais krim)di situ,ceh...hampeh..ingat hilang ke mana...

ala kulli halnya,kami semua pon bertolak balik ke tanta setelah dekat beberapa waktu menunggu kawan2 yang lain naik bas,huhu...sesat gak ke?heheh

alhamdulillah,akhirnya selesai sudah adventure along dan adik2 along tahun ni...

along berharap perjalanan kami ni ada hikmah yang boleh dipetik dan bukan setakat berjola-joli sahaja...semoga tahun depan kami dapat berjaulah lagi ke tempat2 yang lebih BERMANFAAT,BERASIONAL,BERGUNA dan MENARIK....hehe...amin...

sampai ketemu lagi ya!syukran karena telah ngikutin hingga selesai...

selesai menaip pada waktu azan isya`
di Tanta,rumah tingkat 6 warna hijau,bilik berbalkoni
19:32 pm,rabu,24032010

(cewah,cam tulis novel la plak)

"kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi"

salam peace~

Tuesday, March 23, 2010

PAKAI KAIN??SIAPA TAKUT (4)

Lokasi 4-Cairo Land!hip..hip..hoyeh!

setelah mencangkungkan diri selama 32 minit 17 saat di balkoni untuk mencari ilham sambil sekodeng cewek2 malezii yang baru balik kuliah(haha),,along akhirnya sedia untuk menaip cerita jaulah kami yang seterusnya,iaitu si cairo Land...ngehh ngeh ngeh..(??)

setelah selesai makan tengahhari yang enak itu,along dan rakan2 rombongan merasa kekenyangan yang amat...burp!hehe...alhamdulillah,syukur pada Tuhan...

masa tengah berjuang nak pejamkan mata,tup tup bas berhenti...along ingat tayar tercabut ,rupanya bas berhenti sebab dah sampai ke tempat tujuan..ceh..

sebenarnya kan,menurut korang la kan,bile kita dengar perkataan Land tu kan,mane2 orang pon mesti terpikiaq tempat tu best giler,kaya akan permainan outdoors dan dipenuhi nuansa bangunan berwarna-warni yang indah dan menarik jantung hati seperti Genting Highlands tu ke,paling koman pon cam Times Square kat KL nun...ala2 theme park gitchu..

tapi bila along jejakkan je kaki ke tanah dan berpaling ke arah pintu masuk cairo land tu je...along rasa,aku mimpi kot ni,tu la makan sampai tak ingat dunia lagi,kan dah mimpi horor ni,begitulah along bermonolog dalaman ngan diri sendiri...

tapi begitu angin bertiup lalu menterbangkan pasir ke mata along dan along pon kelap kelip membersihkan mata dan rakannya(cermin mata) baru lah along sedar sesedar sedarnya bahawa itu adalah real dan itulah cairo land...kwang kwang kwang...(burung gagak lalu)~

along ingt kami salah tempat sebabnya masa dok intai dari gate karat besi tu nampak cam ramai bebudak @ kanak2 bawah 15 tahun je beserta pembimbing masing2..tapi papan tanda kat atas kepala memang bertulis cairo land pon dan along yakin along pandai utk membacanya dengan benar dan berintonasi(hehe)..

dgn keadaan yg terkejut beruk (orang yg terkejut,beruk dapat nama,hehe) kami sempat lagi amik gambar beramai2 didepan pintu masuk tu..(ceh,dasar cewek)..

masa masuk tu 1st skali pancaindera yg berfungsi adalah telinga dimana telinga along telah menangkap adanya muzik berbau gelek telah dimainkan dengan kuat dan suara2 tepukan tangan telah mengiringi muzik tersebut..nak katenye masa tu rombongan tadika mane ntah(hehe)tengah joget,,budak2 tau ni..along rasa tercabar lak,rasa nak gak join,hehe..(teringat kat kawan kami dalam episod lepas iaitu masa kat cruise tu,hehe)...

tapi tu no hal la,yg penting g surau dulu,solat,huhu...

lepas tu kami meninjau2 keadaan kat cairo land tu utk melihat apa2 permainan ganas yg boleh dinaiki,..sebab pe ganas?haa...ingat lg x janji kami serumah utk buktikan kat spesies group B yg kami bleh main even pakai kain?haa...bagus2..ingat lagi rupanya,hehe...

kmi ingat nk pi naik roller coaster terus,tp tup tup x bukak la...kuciwa mike,huhu...dalam pada tu rupa2nya acik dah pi beli tiket utk naik permainan ala2 space ship gitu,ceh,langkah bendul sungguh...haha...

along,ateh n ucu pantau dan beri sokongan sambil berdoa utk keselamatan kat acik dari tepi je dulu,kot2 la benda tu tercabut ke apa,haha...(jangan marah)ye la,permainan kat situ entah diiktiraf ISO dari segi safety ke tak tak tau la,risau je nengok besi2 dia karat2 semacam,hei....

masa tgk dorang pi main benda tu along rasa cam seronok dan gumbira pula sebab boleh jerit2 cam senget (hehe)..boleh lepaskan tension,lagipon orang x cam sape yg jerit kuat2 tu sbb benda tu pusing laju giler kot...

masa along tgh jadi pom pom girl acik tetiba de kawan kami mai dan berkata yang kami x yah main apa2 lagi sebab nak pi ke city star la ni jugak,kata dia...dia kata sebab ramai request g city star memandangkan tak de pe yg menarik kat cairo land tu,huhu...jadi along nak kenselkan naik benda yg acik naik tu sbb takut tak sempat kang nak kuar(by the way acik dah selamat turun hidup2 dengan jayanya,haha)...

pastu ateh n ucu plak take turn naik benda tu(angah mana ek time ni?)..along maleh dah nak naik sebab dah penah naik pon benda ni masa kat Times Square,lebih kurang je pon (eleh along,nak cover takut la tu,hehe){mane de!hehe}...

ok,pause jap..along dah crite yg kami nyer part tapi korang mesti tertanya2 spesies group B main pe kan?? kan?? kan??hehe...ni nak habaq ni...nak tau dorang main pa?main bowling cek...isk2,walau x semua pi main bowling tapi yg jelas dan nyata 99% dari jumlah mereka pi main bowling termasuk hok kato kat kami maso mulo2 kat gamaah nun,hu~malu-maluin aja deh!

lantak lah dorang,yang penting our mission tercapai dan kami dah menang!teng teng teng!yuhu!!tu la,dun judge a girl by its kain,hehe...

pastu kita sambung balik pasal kami plak ye...

masa tengah kalut2 pikir nak main apa dalam waktu yang singkat itu,kawan along ajak main kereta langgar-langgar(ala,car crush tu)...along tengok banyak bapak-bapak arab je yang main,hehe...

tapi along tak berapa minat sebabnya mata along dah terpacak kat rumah hantu sebelah tempat kereta langgar2 tu,hoho...cam seronok je tengok sebab kita just duduk kan dalam kereta kecik pastu kereta tu yg gerak sendiri masuk kedalam rumah hantu tu,best je bunyi...

dengan penuh kegedikan(ahaks)along berjaya kumpul ramai kengkawan dan pengikut untuk masuk rumah hantu,haha...termasuk semua adik-adik along...kami naik dua dua...yang along herannya,sekejap benor depa masuk pastu dalam sekelip mata dah kuar balik(kena masuk satu satu ek)...ni yg musykil ni....

along masuk ngan angah,kami dah prepare Yassin awal2 untuk keselamatan rohani dan jiwa,hehe...sebelum masuk pon kami dah testing ayat Kursi,takut lupa,hehe...

and here we go!

waaaaaaaaaaaaarrrrghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!

hehe,x de pa pe pon berlaku lagi,saja wat suspen...dalam tu gelap,tapi ada la lampu2 berwarna kat sudut2 umah tu...kereta bergerak dengan kelajuan sederhana...along makin mengecikkan mata dan merapati angah yang juga langsung merapati along....kami saling berbicara sesama sendiri,wei,ko nampak pa pe tak?along bertanya pada angah dan sebaliknya angah juga bertanya soalan yang sama....kemdian along bertanya lagi,"wei,kau nampak pa pe tak?,"dan angah kate tak de pa pe lagi...masa kereta buat satu belokan terakhir,kami nampak sedikit sinar putih...kami rasa inilah masanya!kami pon semakin mengecikkan diri dan berpegang erat...along menahan nafas...dan....

huh?...macam kenal je...


kami ada kat luar balik!!!hek eleh....cit poodah...tak dek pa pe pon!!kwang kwang kwang!!kami tertipu!ha ha...wa kena beb!...turun dari kete je along gelak tak ingat dunia sambil terduduk you...wakkakak...

aduyay...patut la 3 genih je..tak dak apa pon...hantu yang ditunggu-tunggu tak kunjung muncul.hampeh deh,hu~

by the way,untuk mengobati kekecewaan itu kami pon amik gambar lagi,kui kui...

sebab masa dah time,kami memutuskan kuar dari kairo land tu dan tunggu kat luar untuk naik bas...masa ni semua orang pakat2 amik gambar puas2 sebab walau kat dalam cam hampeh tapi pintu gerbang luar yang berdinding itu agak cantik sebab bergambarkan kartun2 dan agak ceria,heh heh...

macam2 style bergambar along tengok,style superman la,lompat katak puru la,lompat payung terjun la,dan macam2 lagi hingga mengakibatkan kecederaan kat sesetengah pihak tu,isk isk isk...malang tak berapa nak berbau....

kami yang dah boring tahap kura-kura ni naik la atas bas(atas?hehe)dan tunggu para ikhwah lain yang tak kunjung kuar padahal tadi dorang gak yang terhegeh2 suh kami cepat2 kuar utk ke city star....

bak kata pepatah,janji jangan dimungkiri kalau tak nak orang benci(along reka sendiri tau ni,huhu)...dalam kire2 hampir 1 jam (kot) kami tunggu kat bas tu,baru lah spesies group B tu kuar...tu pon amik gambar dulu,bukan terus naik bas...ya ampun...

along malas nak komen panjang2...yang pasti nasib baik kami semua ni tak wat demo depan cairo land tu sebagai tanda protes atas kelakuan mereka,bu~

singkat cerita,bas pon bergerak membelah keheningan maghrib menuju ke final destination,siti setar....

masa nak berlepas tu telinga along de terdengar suatu suara berkata,"gud bye cairo land,sampai tak bertemu kembali!,"hehe...along rasa this is the first and the last time along jejak kaki kat sini ...seterusnya never ever ever again dah kot...

selesai bertemasya di cairo land...along akan sambung di lain kali pulak jaulah kami yang terakhir...capek nih...rehat dulu yah...

(to be continued)





Sunday, March 21, 2010

sekadar di pinggiran~~~

owh.. rase mcam gastrik
mak...
tulun acik~~

hm..
[menung2x]

post ini sbenarnye sekadar meluahkan rase x puas ati + dengki ateh kat ALONG
[highlight sket bg nmpak cam besalah..haha]
sbb post die diminati ramai.


cess...

ble nk jd penulis bebakat bEsau cam along neh??
aigoo..

sekian
end of de stori

p/s-mati la nnt kalo along boikot ateh xmo bg makan~~hehe

PAKAI KAIN??SIAPA TAKUT (3)

Lokasi 3-Muzium Cairo

haa...dah berhepi-hepi naik cruise tadi,kali ni kita berserius sket...kali ni kami pi ke muzium kairo di kairo(hehe)...

kalau dari luar muzium ni warna oren gitu,selalu je lalu depan muzium ni kalau nak gi Ramsis,dulu along ingat bangunan parlimen,heheh,rupanya muzium....

start turun bas along dah rasa bangga dah,sebab pa?sebab ramai mat saleh,haha...along rasa
tetiba jadi omputih lak,cuma x putih mana pon...ada la sket2 tang mata,hehe..

nak masuk gate beso muzium kena lalu pok guard dulu,kena scan beg masing2,along ingat kena
bayar,sebab tengok ikhwah nyer gaya macam nak bawak kuar duit,rupanya kena scan jak
bha,ceh...

pastu,kumpul depan gate kecik kat depan pintu masuk muzium...gate ala-ala nak naik metro kat
kairo nun...punya lah sesak n agak lama kami berdiri kat depan tu baru dia bagi rombongan
Tanta ni masuk...alhamdulillah(akhirnya)...

dah masuk pintu masuk muzium(??),kena scan lagi...(x habis2 scan,macam kat airport)...lepas
scan,tetiba de seorang ablah ni (akak) petugas situ la,dia minta kamera kami sume sebab
kamera dilarang bawa masuk...

apalagi,muka2 membangkang segera ditunjukkan oleh ahli2 rombongan Tanta tersebut...yelah,mana nak percaya kalau suh arab jaga barang kita,apalagi barang berharga,ya
nggak??

ada la beberapa orang wat2 tak dengar dan pergi menonong wat2 tengok barang muzium,tapi
segera dipanggil oleh pihak berwajib (hehe)...ablah tu tak pueh hati,dia suh scan balik semua
skali sebab dia rasa ada lagi orang yg simpan kamera(betul gak sebenarnya,tapi x nak la habaq
kat korang sapa,nanti along kena saman,hehe)...

ala kulli halnya,kami pon terpaksa la beratur balik utk kena scan skali lagi dan beg-beg kami
dibuka dan dicek akan isinya,kot2 ada bom yang terlepas pandang kot,hahah...along rasa cam
teroris la plak,agaknya macam ni la keadaan saudara muslim kita di airport US tu ek,tapi dorang
lagi diperiksa secara dasyat kot,kami yang baru kena macam ni pon dah hilang mood nak jelajah
muzium...hu,memang spoil da mood la ablah...

pendekkan cerita,kami pon round2 muzium tu macam rumah sendiri,x de guide pon,tengok
bahan pameran pon tenganga gitu je,siap main teka2 lagi benda apa yang kami tengah tengok
tu,ye la,tak semua benda dorang letak kenyataan bertulis...payah ni orang,hu~

macam2 orang kami jumpa,jepon,cina,indonesia,us,britain,bla bla...(ni tengok artifak ke
orang?hehe)..nak critenya isi muzium tu banyak patung2 firaun beserta barang2 peninggalan
yang dorang pakai dalam kehidupan sehari2,gitu...

masa duk tenganga nengok sejenis gelang yang terbuat dari tambaga,tiba2 ucu bersuara,"benda
ni kalau pi letak kat tepi jalan tu pon kite x perasan kot!,"...along berpikir2,betul gak kata si ucu
ni,hehe...pandai adik along sorang ni,dah beso rupanya,haha...

lagi satu,masa tengah tengok2 tu kita dilarang sentuh barang2 kat situ hatta cermin kaca
pameran tu pon...haram alaik!

kat dalam tu ada tempat nak tengok firaun tapi kena bayaq no...student dalam LE 50,orang
awam LE 100....along pikir2 balik,firaun ni dah mati pon nak kuras duit aku lagi,bek g sedekah
lagi bagus,huhu...

dah kire2 boring meronda dan puas window shopping satu muzium( sebenarnya x habis pon,he~)ditambah lagi ngan keadaan yang belum solat,maka kami memutuskan untuk mengakhiri cerita "One Day at the Muzium" ni...

masa nak naik bas,bertembung la dengan mokcik2 dan pokcik2 dari tanah air sendiri,lepas gak
rindu kat nenek along,haha...kami siap tanye kabar,bersalam-salaman,macam pi beraya lak,lucu
sungguh la demo ni...

yang paling bestnyer,makanan tengah hari kami telah ditaja sepenuhnya oleh Mo`men dan pepsi(boikot ye) dan kami pon mentekedarah (haha) dalam bas yang berjalan laju menuju ke destinasi selanjutnya,iaitu tuuuuuuuuuuuuuuuut.....hehe,bersambung la yang....

(bersambung la wei)