Saturday, July 17, 2010

Kenapa Awak Tak Rogol Saya


Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

DIPETIK DARI: http://tengkunizam.blogspot.com/2010/06/kenapa-awak-tak-rogol-saya.html

Selamat Jalan Sa'adah dan keluarga~

Salam 'alayk..

alhmdulillah..Kak Sa dah selamat terbang meninggalkan bumi Tanta pada hari Khamis 15hb Julai 2010...huhu...semalam ucu g htr walaupon demam...sket2 jer... ngn beberapa org lagi akhawat seramai 10org dan 2org musyrif...

hari Selasa tu ucu g ziarah Kak Sa ngn Edd, Kak Alia dan Safiah...tak pegi ngn ahli bait Rumah Kami sebab smue takde dkt umah...huhu...mereka meninggalkan ucu dirumah sorg2..selamat de sahabat2 yg 'baek hati' menemani ucu di rumah...haha...[terharu tak korang???]

pegi tu tak leh men ngn Sa'adah sgt sebab demam kan [seperti yg diceritakan oleh ateh]...tapi de la aksi2 Sa'adah buat kali terakhir yg sempat dirakam utk kenangan masa hadapan...nanti besar2 Sa'adah tgk la blog nie ek..hehe...[klo masih wujud..huhu~]


Step 1

ok....mula-mula amek kek...saya nak suap sendiri...erk...nape tgn kiri tu?huhu~

Step 2

kemudian hancurkan dengan meramas-ramas...adessss~atas karpet tu

Step 3

ok...nie muka comot..tu baru sebelah atas...kite tengok sekeliling saya ek...

Step 4
haaa...nie la keadaan di sekeliling saya :D :D

Step 5
senyum untuk mengelakkan dari kena marah....hehehehe

Step 6
masukkan dalam mulut baki-baki kek yang ada untuk menghapuskan bukti...

Step 7
kemudian bersihkan tangan dengan membelai2 karpet... (^_^)

Step 8

last skali buat mata bersinar2 macam mata ShinChan...hehe....

sekian....tu jer cara saya makan kek :) :)


haaa...tu la gamba Sa'adah makan kek...takpe la..meninggalkan kenangan utk acik yg angkat die kan..buat cop jari dkt baju ngn tudung..hehehe~

de lagi gmba die...meh tgk bawah...



dipaksa utk berdiri..melekat dkt dinding tu haa~huhu


erm...nie tak tahu gaya pe...tp memang die suke bt gini bak kate Kak Sa...hehe....


ok laa...buat Kak Sa dan keluarga...KAMI mohon maaf atas segala salah silap, halalkan smue...moga Kak Sa dan usrah selamat smpai di Malaysia...engat KAMI di sini dan doakan utk KAMI ye...

wassalam....


p/s : caption bawah gamba tu sekadar bergurau..huhu~


KEPADA KAK ANISAH DAN USTAZ FAIZOL...TAHNIAH ATAS KELAHIRAN PUTERI SULUNG...MOGA ALLAH PELIHARANYA DAN MENJADI MUJAHIDAH...insyaAllah~











Friday, July 16, 2010

Fakta menarik tentang binatang!

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi. [ sape2 nak kurus tu ikot la amalan nie..hehe]

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya. [kire ucu tak muat laa..hehe..tinggi jgk laaa~]

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam! [ sape2 tido lame tu leh la kawan ngn GORILA...haha]

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam. [alamak...tak setanding penguin lagi (-.-")

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.[subhanallah!]

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan. [waahhh,leh kurus~]

9) Tiram boleh bertukar jantina. [tiram buleh...manusia HARAM 'alayk~]

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak. [baru rebus...lom bt sambal ke..goreng ke...huhu~]

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.[kena kaji nie!]

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa. [ini juga menarik tuk di kaji!]

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja. [yang hisap darah kita tu nyamuk betina jer kan???]

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. [ptot la yg buat aksi lagak ngeri tu berani~]

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur! [ haaa...klo tanak kwn ngn GORILA, mungkin kawan tenggiling~]

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut. [erk...itu benar kot..huhu]

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri..




Thursday, July 15, 2010

jangan mudah hukum seseorang!

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulama' yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulama' tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid - murid alim ulama' tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.
Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulama' tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulama' tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulama' memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulama' penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak- bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulama' penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulama' penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah - olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud :

"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri."
(Surah Luqman 1)

Renung-renungkan

Waallahualam




Wednesday, July 14, 2010

budak ucu nie...


Salam3laik~

Ateh ade cerita best.

Tersebutlah sebuah kesah seorang budak y sgt degil.

Ade sorg budak ni.Nama dia ucu. Demam sjak smlam. eh bukan, sejak kelmarin iaitu hari beliau g jejalan ke cairo bli brg nk bwk blik mesia.

Termasuk hari ni, beliau dah demam 3 hari. Selama 3 hri tu, beliau cuma mkn vita c dan menolak smer jenis ubat demam, paracetamol, etc. Masih blum cukup degil kah?

Pastu mlm tadi die da tunjuk symptom lain. Sma ada ateh je y bru prasan sbb ateh bru blik umah ptg smalam atau die mmg dah xleh cover dpn ateh, dia dapat pakej lengkap demam, batuk dan selsema.

Kebetulan kak amal merangkap exco kebajikan PCT datang umah.trus mntak dia bwk ubat. Kasi y mantap2 sket memandangkan ucu dah dapat pakej yang sempurna untuk mendapat habuan tersebut. Pastu kak Amal pon dtg bawak congestal. Alternative y bgus kalo panadol x jalan.

Punye la smngat ateh marathon g blik ucu, die wat muka koboi je. Rupenye dah bpeluh. Mknanya demam da kebah la. Riak muka toksah cakap. Tau x mcmmane rupa org x suke ubat dpt excuse xyah mkn ubat? Hah! Gitu la die.

Dengan hampa sbb xleh torture ucu mkn ubat, ateh pon g smbung nyembang ngn kak amal smbil2 mardhiah bce buku. Rajin sungguh budak sorg tu.

Tetiba

Kedek2x...

Ateh, org g aiport eh!

Hah!!!...???

Ewah2x..demam2 pon g epot [ayat ni direka je tp lbh kurg jugak]. Nak hantar sape blik?

Dgn muka xbesalah die sengeh pastu ckp, nk g amek kakak2 y blik umrah.

Ateh pk 2 menet. Die da nak cabut da tu. Siap2 pakai kasut

Memandangkn die da cam kebah, ateh pon batalkanla niat nk hambat die suh msuk blik smula. Maka die pon pegi dgn gembira dgn mandat khas pngawasan oleh kak caudate nucleus. Mandat khas drpd ateh tu~angkat2 kening.

Die x blik smpai esok [14 julai 2010]. Tido kat umah kak caudate nucleus.

Pkul 11 ateh kuar g gamaah dgn jntung y bdegup ala2 atrial fib. Mau x. Diorg kate result kuar rini. Dipendekkn citer, rslt xkuar pon lagi. Sembuh sbentar af td.

Skip perjalanan hidup ateh smpai ptg. Ni bukan diary nk tulis smer.hihi.

Bila da nk mgrib tu, ateh pon memandaikan dr blik umah. Itik serati pon reti balik demi mematuhi undang2 hisbah, xkan org xreti2 kut.

Bila blik je, g stalker ucu.

Jeng2x~

Demah dahi.

Suhu lebih 37°c!!

Sah! Demam lg budak ucu ni.

Puas bargain ngn die suh mkn ubat. Xmo jugak. Dr sebijik, jd setengah bijik. Tu pon susah x hengat dunia akhirat. Sape2 reti nk pujuk budak2 bawah umur mkn ubat, mntak tlg dtg consult die.

Selepas wat pjanjian mcm2 tmsuk xleh amek kunci pintu blik die [tkut die kunci pintu xmo wi ateh pakse die mkn ubat] and cross jari kelingking sbgai tnda jnji utk mkn ubat, die pon suh ateh kuar sbb malu nk mkn ubat dpn ateh. Sudahla tough mnhan kesakitan, pemalu lagi xtau ape kaitan die T_T

Begitu la beliau y bernama ucu. Sgt susah nk mkn ubat. Nk sruh mkn ubat pon kena wat perjanjian. Kalah perjajian pertukaran tawanan-tahanan HAMAS ngan Israel.

Haisyh!


Ni la ucu y malas mkn ubat tu.tp nakal kemain.

ok.habes cerita pasal budak ucu. degil kan? botak la ateh jge die.hehe.