Showing posts with label Perubatan Cawangan Tanta. Show all posts
Showing posts with label Perubatan Cawangan Tanta. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Ya Allah..lemahnya diri ini

Lemahnya diri ini

Baru sikit Allah menguji

Sudah rebah tak mampu berdiri


Lemahnya diri ini

Baru saja bayu dunia menyapa pipi

Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini

Baru sekelumit keindahan wajah diberi

Sudah mula lupa diri


Lemahnya diri ini

Baru sikit kejayaan diberi

Sudah lupa siapa yang beri


Lemahnya diri ini

Baru sikit buat kebaikan

Riak dan ujub bersorak riang


Lemahnya diri ini

Bila suatu kebajikan dimulakan

Tak berdaya nak teruskan

Tiada istiqamah dalam amalan


Lemahnya diri ini

Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita

Iman sudah bisu menyepi

Nafsu pula mengawal diri


Lemahnya diri ini

Jalan dakwah kata nak tempuhi

Baru saja melangkah kaki

Beberapa tapak sudah berhenti


Lemahnya diri ini

Nikmat anugerah Ilahi

Biar sudah tak terhitung lagi

Tapi masih lupa mensyukuri


Lemahnya diri ini

Asyik lagha dengan urusan duniawi

Tak pernah khuatir amalan diterima

Atau dipaling


Lemahnya diri ini

Bagaimana nak sahut seruan jihad?

Baru sikit dilukai

Sudah menangis meratapi


Lemahnya diri ini

Lupa matlamat lupa syari’at

Terkejar-kejar yang tak pasti

Leka dibuai syaitan terlaknat


Lemahnya diri ini

Asyik ketawa tak kering gusi

Lupa menangis mengingat MATI…


Ya Allah…


Lemahnya diri ini..

Kumohon kekuatan dariMU

Tuntunilah langkahku

Biar hanya mampu merangkak

Itu pasti lebih baik

Daripada terus rebah dalam kaku

Berikanku peluang

Merentasi jalan yang Engkau redhai

Ampunilah kekhilafan semalam,

Atas kejahilanku mengenal makna kasih sayangMU…

Amiiin Ya Rabbal alamiin…


sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/ya-allah-lemahnya-diri-ini/



" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah,semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan,tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..kita tidak sendirian.."

Bukanlah selepas kesusahan itu dtgnya kemudahan..tetapi semasa sukar itulah adanya senang yg Allah kurniakan. senyumlah pada masalah (:

[kita masih ada senjata doa sahabat2...teruskan tembak doa anda..moga Allah kabulkan!~]




Sunday, January 23, 2011

intro : Night Of Purity [NOP]

Assalamualaikum...

nie intro jer la tuk Night Of Purity [NOP]...gmba sgt byk tp intrnt slow..so ltk sket jer laa..len2 dtg tgk dkt umah la..haha~

klo rjin de la episod seterusnye, klo dh mls intro jer la ade :P



pintu masuk..sblm lampu dibuka~
N.B: along kate mcm perkahwinan dlm taman...die kte nnt nk bt gini :P


along tlg jadi model..mekasih byk along..hehe...susah2 jer~walopom die bising yg die xptot jd model, exco la ktekn....tp die tetap jadi model...mulut jer bising, sbnrnye die suke..huhu :D


nie la laluan masuk setelah lampu dibuka~



selingan: along menunjukkn tnda protes..haha!~



yg hadir awal de la red carpet..sori bg yg tak sempat tu~maaf deh



okey..jom pulang..teksi dh tunggu..hehe~



N.B: internet sgt lmbt mmbuatkn ucu sangat mls nk upload gmbo...erm...entri nie jgk tuk sape2 yg dok tny td dinner best ke tak..huhu~


Friday, December 17, 2010

tahniah dan takziah

Salam NADI dan salam.....assalamualaikum w.b.t
[tahu tak dialog spe??pengerusi forum a.k.a timb. pengerusi 2 PCT...huhu..jgn la kne marah lps nie :P]


ari nie.....nak cakap pe ek...er
m.......sebenarnye ucu br terengt....

lepas
along dh turun takhta dari timbalan Unit Penerbitan dan Penerangan [UPP] atau lebey glemer dipggl media PERUBATAN......pada hari yg sama jgk along menang setelah dicalonkan semula oleh Nurfarihah Zulkifli [jgn la bangga de nama dlm nie...haha]....

sebenarnye niat utama ucu nak letak video yg n
ak menjatuhkan along time hari bersama calon a.k.a The Battle of Sweet Tooth...mmg hari tu video org len mantop2 laaa..video utk along jer yg men2 sket..huhu...tp disebabkan terdapat beberapa gamba yg tak buleh ditayangkan [takot jgk kne belasah ngn along..adesss~] dikhalayak ramai, maka tak buleh nk tunjuk dkt sni...tu la korang, rugi tau tak pegi ari tu...along siap pakai serba pink lagi...julung2 kali jer tu die nak pakai...haha~~

ala kulli hal...

rase nye tak terlambat lagi la untuk ucu selak
u ahli bait dan ex-ajk upp ucapkan secara bertulis atau formal pulak TAHNIAH dan TAKZIAH untuk SHARA ALIYA FAUZI a.k.a along diatas kenaikkan semula sebagai SETIAUSAHA PCT 10/11 dan bekerjasama lagi ngn ex-ketua UPP...[nie part mmg tak tahan laa..hehe...ex-ketua jgn marah ek :P ]


buat2 penyayang pulak..muke Faris yg terpakse..haha...owh, RINDU sama FARIS

ucu berharap along dapat laksanakan tugas2 along dengan baik sepanjang sesi ini dan dengan niat mendapat keredhaan-Nya..insyaAllah..moga2 Allah kira sebagai ibadah yg dapat memberatkan neraca sebelah kanan nnti =)

ok la...nak kne bersiap g Husin pulak...nie smue along nye pasal la sbb nak balik mesia [jaga2 la tokoh Maal Hijrah kne tinggalkan..haha] ..maka smue ahli RUMAH KAMI jaga2 la ek jap g kne buli ngn along sbb barang2 die ssaaannnggaaaaat banyak....huhu~

wassalam...selamat mengacau bubur sura ye kawan2 di Tanta :D


ps: 1-Kak Fazilah, jgn lpe agihkan ke RUMAH KAMI bubur tu nanti..haha [ternampak tag nama semalam..maka tahulah tugas Kak Fazilah :P ]

2- harap2 bawah S/U xde ajk kecik..sbb along kte die nk buli sy lagi...huhu....*lari jauh2*

Friday, December 3, 2010

saya nk maryam thohirah sbg exco pct.“BERSAMA-SAMA BERGANDINGAN TANGAN MEMBAWA PCT KE ARAH YANG LEBIH BAIK & MENCAPAI KEREDHAAN-NYA”.

kenapa mesti undi MARYAM THOHIRAH?
-kerana dia berkaliber,berani bersuara,cerdik,baik budaknya xcaya tanya ahli beyt dia

Thursday, December 2, 2010

MTC ^_____^

SALAM SATU PCT semua!!!

meh2 kenali apa itu MTC!!!apa yg berlaku pada hari-hari sebelum kita akan melangkah ke hari MTC???


USUL bermula 25NOVEMBER2010 - 3DISEMBER 2010




PENCALONAN 28-29NOVEMBER2010
PENGUMUMAN SENARAI CALON FASA 1 30NOVEMBER2010
PENGUMUMAN SENARAI CALON FASA 2 7DISEMBER2010



BERKEMPEN DAN BANTAHAN 1DISEMBER2010-7DISEMBER2010



hari yang ditunggu-tunggu!!!

MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN
10DISEMBER2010
8A.M
-3P.M

[TODAY FOR TOMORROW]

mari semua kita ke MTC..walaupun anda pemerhati ke, amek pengalaman dlu..hehe..best jgk jd pemerhati pon..klo perwakilan tu apetah lagi..takkan cakap dkt belakang jer..time nie la nak luahkan perasaan..tp jadikan MTC nie medium nak melakukan perubahan bukan makian [bak kate pengarah nie~~]


ok...yuk MTC ^____^


cantek x gambo nie??hahaha~jgn marah ajk


Monday, November 8, 2010

SEMARAK '10


JEMPUTAN KEPADA SEMUA AHLI PMRAM CAWANGAN TANTA DAN PERUBATAN CAWANGAN TANTA [PCT] KE SEMARAK '10.....jom semarakkan Eiduladha di Tanta!!!




masih ada nak buat pendaftaran untuk korban???


Pendaftaran untuk HAIWAN KORBAN bagi program hari raya haji tahun ini masih lagi dibuka buat sahabat2 Tantawi,sahabat2 dari muhafazah lain dan orang malaysia pun dialu2kan...sama2 kita meriahkan hari raya haji tahun ini...bersatu di bawah DPMT & PCT...


sebarang masalah atau pertanyaan boleh
YM fashihah_90@yahoo.com atau hubungi no tel. +20116578927



JOM SEMARAK '10!!!!


Wednesday, November 3, 2010

JOM BERKORBAN!!!


teringin nak bt korban unta,kambing,khoruf?tp tak tahu mcm mne?sebarang pertanyaan sila ym ke fashihah_90@yahoo.com atau hubungi +20116578927....jom meriahkan eiduladha dgn melakukan ibadah korban.sebarkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai supaya kita smue dapat melakukan ibadah korban dan memeriahkan lagi eiduladha di Tanta pd thn ini!!!

Tuesday, August 10, 2010

HETT thibb nabawi KEKAL 2010

Salam semua...

waa...dah luama gile along tak mai blog umah kami ni...well,I busy,u know,hehe
adik2 along yang len pon busy,atau wat2 busy?heheh

btw,selamat bercuti untuk acik dan ateh yang sekarang berada di malaysia bersama keluarga tercinta..sob..sob...tinggal 3 beradik sungguh ni ha...hehe..kura2 pon acik bawak balik tau!

ok lah,musim cuti ni along x hanya duduk di rumah,memang along jarang berada di rumah,al-maklum la jadual show padat sangat,huaaha

x de la,selain kena pangku jawatan2 ajkt lain yg balik malaysia,along ikut bahagian dalam pameran thibb nabawi yang dianjurkan KEKAL PMRAM sempena bufday pmram yang ke-80 tahun di Hayyu Asyir,Kaherah dari 3-5 ogos 2010...

ajk yang terlibat seperti;
-munirah johan a.k.a pengarah
-munirah mizan a.k.a bendahari
-aiman dan a.k.a timbalan pengarah
-kak najwa a.k.a s/u

-para moderator:
-along la!hehe
-faizah md.nawi
-amirah sabran
-atirah rahim
-nabilla omar
-rabiatul adawiyah salleh
-afnan a.k.a ketua upp(setelah along paksa,hehe)
-hadi
-yusri
-yazid
-dan beberapa ikhwah(x ingat nama la dik,ma`alish,korang kena mencapab baru akak kenal,haha)

sangat best+seronok+best+bahagia+best hehe...sebab dapat kongsi ilmu,tukar2 ilmu,jumpa kawan lama,kawan baru,kawan dari dalam dan luar negara(eh?)hehe...orang kampung along la,gitu...

along satu team ngan faizah...tak tido kami buat bahan pameran tu hukhuk...tipu jek...tido la jugak,pastu kena baca bahan yang nak diterangkan kot2 salah bagi info naya je...(ada orang tu salah bagi info daa akhirnye,hahah)

along terang bab solat dan manfaat untuk kesihatan...faizah plak bab tido,sukan...antara tajuk2 yang kami buat macam kesihatan,penyakit sexual,kebersihan,pregnancy dan pemakanan yang sesuai masa pregnant...semua ada kaitan ngan cara Rasulullah s.a.w handle perkara2 tadi dalam kehidupan baginda...

cuak gak nak terangkan kat pelajar2 azhar ni klau2 salah dalil hadis ke ape..tapi alhamdulillah..banyak sangat input yang along dapat..dorang tak lokek kongsi ilmu agama ni...rasa kena belajar banyak lagi sebab ilmu didada terasa sangat kurang,huhu...



ini lah para ajk pelaksana HETT tu...ada lg beberapa ikhwah yg x sempat masuk dalam gambar ni,mintak maap la ek...x pe,muke tak penting,asal Allah tau kita keje ikhlas utk Islam dah cukup...x gitu?

okeh,tu je kot..sbg tambahan masa mlm penutup tu ada persembahan nasyid tanta(sbg pemenang),persembahan pantomim dari kamboja dan yg paling best sekaleee,heheh...jeng2...tari saman dari Aceh!wow!along teruja gile masa ni,dapat jumpe orang kampung,hehe...

yg lawaknya masa tu kami duk belakang skali,pastu lampu pentas pulak gelap,so along pon amik inisiatif utk berlari ke hadapan (jalan je sebenonye) lalu tau2 along dah berdiri sebelah barisan tempat duduk adhoc hehe..dan along pon rekod la tarian tu ngan kamera angah..beberapa minit kemudian,ada suara menegur along,,"dik,boleh duduk x?org belakang kate x nampak,"kwang3...malu nyer,nasib bek time tu gelap,hua hua..demi merekod video secara profesional,along rela malukan diri tau tak,ni pon nak bg korg tgk jugak,karang kalau x berkualiti ada yang cakap belakang pulak,hish...

tengok la sendiri tarian ni kat fb along,huhu..x leh nak donlod...masa ni along macam terasa berlakon dalam KCB lak,heheh..

tu dulu dari along...len waktu n hari kita sambung lagi..

salam peace~

Tuesday, June 8, 2010

prehafalikutbukuism vs prefahamsepenuhhatiism

* tulisan ini tidak bermaksud menikam mana2 hati,jantung dan peparu mana2 manusia,hanya pendapat pribadi,tidak boleh dijadikan hujah berpidato,rujukan psikiatri dan penunjuk jalan dikawasan rumah kami.arigato.


Maka kami,pelajar perubatan Tanta,berjanji :

1. akan menghapuskan dasar prehafalikutbukuism yang melanda cara kami study memandangkan dasar ini hanya membuat otak kami seperti cpu komputer yang hanya mampu menyimpan data2 nota2 matapelajaran tanpa dapat mengaplikasikan dalam kehidupan nyata.

2. akan mengamalkan mulai sekarang sampai bila2 dasar prefahamsepenuhhatiism memandangkan fahaman ini amat berguna dlam kehidupan kami sebagai pengamal perubatan kelak kerana ilmu yang kami peroleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebagai benda yang nyata.

3. tidak membiarkan diri menjadi dokter buku teks

4. mengubah diri menjadi dokter yang mampu mengaitkan seluruh sistem badan menjadi satu,bukan mengasingkan sistem badan mengikut fungsi masing2

5. menjadi dokter yang tidak obses dengan gelaran mumtaz diijazah semata,tetapi lebih mementingkan kualiti ilmu perubatan di dalam diri dan kemahiran menggunakan ilmu tersebut untuk merawat manusia.

6. mencontohi doktor2 yang faham ilmu dengan hati yang ikhlas,kerana mereka mampu menerangkan sesuatu perkara tanpa melihat buku dan mampu menerangkannya dengan cara yang simple dan logik akal.

7. dapat belajar dimana2 saja,tidak hanya mencari ilmu didalam kelas,tetapi selalu meleburkan diri dalam lingkungan masyarakat sekitar kerana pengalaman adlah guru yang terbaik!

quotes of the day: jangan mumtaz `kosong`,tapi mumtaz `berisi`

salam peace~

*luahan ini dibuat berdasarkan pengamatan along terhadap exam final universiti tanta tahun 2010 ini memandangkan teknik hafalsekarang-lupakemudian tidak membantu meningkatkan kualiti seorang doktor yg gemilang tetapi teknik fahamsekarang-selamanyafaham insyaAllah berguna bagi diri dan orang lain,dunia dan akhirat.
ingat,perjuangan seorang doktor bukan diatas buku teks dan kertas perikse,tetapi perjuangan sebenar adalah dihadapan pesakit dan ketika kita sedang merawatnya.


Wednesday, April 21, 2010

TIPS ALONG MENGHADAPI EXAM FINAL TAHUN INI


salam semua...


ye..itulah kenyataan yang sedang berlaku dirumah Kami dan kawasan sekitarnye...jadi selama beberapa bulan kedepan kami akn bertungkuk lumuk membulatkan mata dan mengembangkan otak untuk menyahut seruan peperiksaan tersebut..

untuk itu,along nak bagi tips2 untuk along sendiri yang akn mengikuti examination ini,kalau ada sapa mau ikut,ikut suka la nak ikut atau tak ikut,sebab ikut itu adalah ikut-ikutan yang suka mengikut,hehe...

TIPS PRE-EXAM

1.Tanya ketua subjek @ ketua batch tentang tarikh sebenar exam dan pastikan ia adalah exam yang betul2 exam,bukan buatan semata-mata,heheh...kalau ketua subjek @ ketua batch tergagap nak jawab bermaksud dorang tak tahu la tu,jadi kita kena pi tanye sendiri ke dokter mohsen(sape dia ni ek?hehe)

2.download cerita sebanyak yang boleh setelah confirm tarikh exam...kenapa?ini adalah sebagai bekalan otak @ refreshing disaat sedang tensen bace buku atau bekalan di hari cuti sebelum balik mesia,kehkeh..
movie yang along cadangkan untuk didonlod adalah muvie bertemakan exam-oriented dan motivation..ha?kenapa?awat nyer kenapa,ikut suka cerminmata along la nak donlod movie pe,janji tak melalaikan dan ada unsur syariat,cewah..

3.cari kembali saki baki nota2 kuliah yg pernah dibuat,terbuat atau nota yg dibuat2 sementara nafas masih ada..kalau tak buat,tak jumpe,tak wujud atau tak tau nota tu apa,gi tanye orang bilik sebelah,kalau2 dorang ada idea apa itu nota,hehe..tak pon pakse ketua subjek sediakan nota dan ugut dia bahawa tanggungjawab pemimpin adalah memastikan anak buah yang dipimpin berada seiring dengan kejayaan,hehe..

4.perhatikan sebarang makanan dan minuman yang masuk melalui mulut anda sma ada berkhasiat atau memudaratkan..senang criter makan makanan bergizi dan jaga kesihatan tubuh badan terutama otak dan tangan kerana dua makhluk ini memainkan peranan penting semasa exam nanti...banyakkan minum air putih dan pakai krim losyen banyak2 utk elak kulit kering,ngeh2..satu lagi,simpan nombor telepon makanan delivery,penting untuk rumah yang maleh masak tyme exam atau memang korang tak reti2 nak masak sendiri,huaaha..kecuali umah kami le..

5.tepon semua orang minta doa selamat dari mereka dan segera lunaskan sebarang hutang budi,duit,barang atau apa2 sahaja hutang yang ada dan jangan lupa minta halal segala hal dan minta ampun atas perbuatan kita yang menyakitkan hati orang2 lain..masa ni ego tolak tepi,yang penting kosong2 balik,kalau nak gaduh balik lepas exam,haha..

6.tepon mak ayah dan keluarga,minta ampun dan doa restu(cam nak pi kawen plak) dan minta duit tambahan untuk pembelian alat tulis (bagi yang tiada tajaan)..hehe..

7.banyak2 kan berdoa dan solawat..jangan masa ni je jadi alim setengah mati,lepas exam tikar semayang ke mana,telekung pon tak kenal,haram alaik...jangan sampai jadi hamba Tuhan yang hipokrit tau,masa susah giler2 meleleh airmatamucuslendirhingus berdoa kat Allah,semayang tunggang terbalik sampai sakit pinggang,masa senang giler2 nama Allah tak ingat nak sebut,suh solat pon tunggang terbalik cari alasan nak delay solat jamaah,huh..moga kita semua bukan golongan bengap bin sengal sebegini...

8.banyakkan sedekah..Nabi kita pesan,jangan tunggu ada baru nak bagi,jangan tunggu kaya baru nak sedekah,walaupon sikit duit yang kita ada,try2 la sedekahkan jugak,sape tau ada hikmahnya Allah nak bagi masa exam nanti ke...kalau tak dop pitih?sedekah apa2 yang kita mampu,senyuman pon boleh,bikin awet muda lagi,you,hehe..macam along,ahaks

9.pastikan tiada hal2 berbangkit yang dapat bangkit mengganggu study kita,kalau ada hal2 pribadi ke,selesaikan dengan baik dan seksama,kalau tak leh selesai tang tu jugak,pospon hingga lepas exam ek..

10.sediakan diri dan hati untuk exam ni seikhlas mungkin..set in mind kita kena usaha buat yang terbaik dan bukan baca buku untuk exam jer,exam tak rase rugi pon kalau kita tak baca buku,hehe...tapi anggap lah exam ni sebagai ujian untuk kita berdepan dengan pesakit kita,kalau kita salah jawab,maka matilah pesakit tersebut,gitu..(cam game la plak)...yo la,hang ni dokter,kalau main2 masa exam kang masa nak examine pesakit camner?pesakit bukan kertas yang boleh ditulis diatasnya,kalau salah jawab boleh padam balik jawapan kita,tapi mereka punya satu nyawa yang kalau salah langkah kita amik boleh terpadam jua nyawa itu..mane mau cari wo?..jawab la sendiri kat akhirat nanti..

Last of the tips,apa2 pon,bacalah buku gamaah(universiti) sebab jawapan dia direct dan sejibik cam dalam buku yang tak berapa nak lawa tu(ala ala fotostat gitu,hehe)

bersambung ke edisi berikutnyer pulak...

"kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi"

salam peace~

Friday, April 9, 2010

BENGKEL TAMAYYUZ 2010...tlg UCAD promote..huhu



"An-nasr ma'a as-sabr,
al-farj ma'a al-karb,
wa ma'a al-usr yusr"
-mafhum hadith-

there is no VICTORY...
without patience

there is no RELIEF...
without affliction

and there is no EASE...
without hardship...

this is the START, the START of the BATTLE
this is the BATTLE, the BATTLE of LIFE
and this is the LIFE, the LIFE of becoming MUSLIM DOCTORS

as Jundullah (Soldiers of Allah), are you ready for this WAR?
every WAR needs its ART OF STRATEGY
and this programme is the STRATEGY for the RENDEZVOUS of SUCCESS
by that STRATEGY, we shall obtain the TAMAYYUZ AWARDS,
awards that no one shall own, except for the INVINCIBLE WARRIORS
are we included?

'aja-aja fighting~ bittaufiq wannajah walmumtaz fil imtihan
addunya wal akhirah insha Allah!'

more info @ perubatanforumer

- Unit Akademik PCT 09/10
'bersama menggapai integriti doktor muslim'


p/s : 50 terawal dpt sarapan free~huhu


Thursday, March 18, 2010

~~TTK and promosi..huh!!

salam3laik
dah lame ateh x singgah...buat2 sebok smpai lnsung x jengah
maaf la ye
mcm la de org kesah..kan2x


kali ni pon ateh nk promote smthng
mentang2 xde idea
blasah je ape y ade
act, ateh sajenak memenuhkan kuota keje bdak2 promosi I am MD
ateh tau diorg sebuk n x menang tgn
makanye
sile dtg ye kwn2
program y bmanfaat lagi free(ateh tau korang suke)
hehe
dan untuk itu...


moga program ni bawa kbaikan untuk semua
kami usaha yang terdaya untuk buat yang terbaik utk program nih~~
bak kata pengarah...err,ateh lupe dia ckap ape..hu~~

last but not least...
100 y dtg awal iA dapat bfast(free lagi)

meh kita kejar tamayyuz sama2x

ateh wajibkan smer ahli bet ateh datang awal
sile amek phatian ye along, angah, acik n ucu!!

Sunday, March 14, 2010

Penutup MANIS




Tuesday, March 9, 2010

hari kedua EMINENT '10





>> hari ke2 EMINENT '10...de sape2 nak bt permintaan mcm kak alia???haha~silap lak..nenek kepada nenek alia