Friday, June 24, 2011

Megamind vs Metroman

Bismillah wal hamdulillah...

Mengisi sedikit waktu yang terluang teringin ingin aku coretkan mengenai sebuah cerita yang aku baru dapat menontonnya.. jika dinilai dari kulit luar aku tidak begitu tertarik untuk menonton citer kartun ini. almaklumla, tengok sahaja megamind tu tidak begitu menyelerakan, dengan kepalanya yang besar dan warna biru, tidak seperti kartun lain yang lebih comel dan macho..

tetapi setelah aku menontonnya, aku merasakan filem ini terlalu banyak nilai moral yang terkandung didalamnya..terutama dalam fasa yang sekarang, dikampus tengah sibuk dengan pilihanraya kampus, menjadikan nilai 'hero' didalam filem ini sangat bagus untuk dihayati.

secara ringkas, filem ini mengenai kisah hidup dua orang manusia yang mempunyai nasib yang berbeza. satu yang sentiasa bernasib baik iaiti Metromen(disebabkan menjadi hero dibandar metro) manakala seorang lagi Megamind(kerana mempunyai otak@minda yang hebat) yang nasibnya sentiasa tidak menyebelahinya untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. permulaan cerita ini yang menceritakan asal mereka yang tercampak kebumi ini tetapi berbeza tempat pendaratan,megamind mendarat di sebuah penjara manakala metromen pula mendarat di sebuah rumah yang agak mewah. megamind dibesarkan oleh banduan dengan ajaran yang sesat manakala metromen mendapat kasih sayang yang secukupnya dari keluarga yang membelanya.

massage yang per-1:peribadi seseorang itu dibentuk olah latarbelakangnya. seperti mana dalam sebuah hadis yang menyatakan anak-anak ini ibarat kain putih, maka ibubapanya yang akan mencorakkannya samada menjadi majusi, nasrani atau sebagainya.

ditambah lagi, pengarah ini juga menonjolkan ciri-ciri yang hebat pada metromen ini seperti boleh terbang, boleh menghentikan waktu dan sebagainya manakala megamind pula mempunyai fizikal yang tidak begitu menarik tetapi mempunyai akal yang cerdas dan genius. dengan akalnya yang genius itu menyebabkan beliau berjaya mencipta pelbagai robot yang hebat walaupun digunakan untuk membuat jahat tetapi disini ditonjolkan dengan otaknya yang genius itu, dapat menghapuskan metromen, mencipta hero dan sebagainya.

massage yang ke-2: bagi mendapatkan kejayaan tidak semestinya mempunyai fizikal atau faktor luaran yang hebat kerana faktor tersebut tidak selamanya akan mengekalkan kejayaan seseorang. kelebihan tersebut akan hilang tetapi apa yang lebih penting adalah kemampuan akal atau daya intelek kita untuk membawa kita kepada kejayaan. disini kejayaan akan kekal dimana sahaja kita berada. ayat pertama yang diturunkan Allah adalah IQRA' iaitu membaca. dari membaca akan memperolehi matlumat dan ilmu, maka dengan ilmu ini akan membimbing manusia kepada kejayaan dunia dan akhirat. maka disini ditonjolkan nilai pendidikan atau ilmu itu sendiri untuk mengubah hidup seseorang.

maka disebabkan ke'frust'an Megamind yang tidak diberi peluang untuk membuktikan kemampuan diri untuk menjadi baik seperti Metromen, maka megamind bertekad untuk membuat jahat. dan yang paling kelakar setelah beberapa tempoh megamind berkuasa dibandar metro kerana beliau berjaya membunuh Metromen, beliau mula merasa bosan. tidak ada sorang yang berjaya menghalangnya membuat kejahatan maka ke'feel'an membuat jahat tanpa sekatan tersebut telah menyebabkan dia semakin bosan dan merindui Metromen juga.

maka atas nasihat heroin dalam filem ini Megamind mencipta 'Hero' bagi melawan dirinya sendiri.agak kelakarla apabila satu masa tu, kononnya Megamind da bersedia untuk berlawan dengan hero buatannya itu, Hero die tu lak wat pasal..dia tidak berminat untuk berlawan dengan Megamind bahkan juga telah merompak duit. terkejut Megamind melihat hero buatannya itu juga melakukan jenayah..mereka berkonflik, sapa yang patut jadi jahat o baik. kedua-dua mereka bersetuju bahawa melakukan jenayah adalah lebih menyeronokkan.

satu babak yang menarik apabila heroin dan megamind berhadapan masalah hero buatnya tidak dapat dikontrol lagi kejahatannya mereka buntu bagaimana hendak menewaskan heronya itu. besi yang kononnya menjadi kelemahan metromen yang mengakibatkan beliau mati tidak berkesan kepada hero baru itu. sedangkan megamind membina hero baru tersebut menggunakan genetik Metromen dan pastinya kelemahan mereka adalah sama, tapi sangkaannya itu meleset.

akhirnya mereka bertemu dengan Metromen yang masih hidup berada disebuah tempat yang tidak disangka oleh orang lain.setelah dirisik, akhirnya metromen memberitahu bahawa dia tidak lagi mahu menjadi hero. hal ini kerena apabila beliau menyelami perasaannya, beliau tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi diri sendiri. disebabkan kelebihan yang ada padanya, beliau dibentuk dan diaturkan hidupnya menjadi orang yang hebat. kehidupannya sebagai seorang kanak-kanak yang girang bermain dipadang tidak dapat dirasai. ayat yang paling sinis, menjadi hero adalah memenatkan, bekerja, bekerja, dan bekerja.

aku rasa cukuplah sedikit perkongsian disini mengenai cerita yang menarik ini. masih banyak lagi massage yang dapat dikutip dalam filem ini. dan ia seharusnya dilihat secara meluas apa yang ingin disampaikan oleh pengarah.Selamat menonton~



4 comments:

Anonymous said...

slmt kmbali ke alm blog
x sbr2 nk bce post korg sume

kutubatu said...

erkk.siapakah anon ini :O

Ikan patin masak lemak said...

sapa kah?

Anonymous said...

panjangnya..