Tuesday, January 10, 2012

terdetik kata: Sabar itu sebagian dari iman


Salam semua

maaf along ucapkan kepada peminat sepi rumah KAMI kerana sudah berkurun tidak meng-update blog ini.debu dapat dilihat dimerata-rata tempat =_='

aktiviti ringkas ahli rumah KAMI sepanjang menyepi ini banyak juga ternyata-dan antara peristiwa penting ialah peletakan jawatan along dan ateh dari MT PCT dan JAKSI.(akhirnya gue bebas!huhu)

dan sekarang tiada ajkt dlm rumah KAMI semua sudah menjadi ahli bese tapi tetap luarbiasa,hehe-(along sekarang sebagai PENASIHAT PCT,harap maklum,ternyata kegembiraanku tidak lama,hehe)

SENYUM WALAU....

alhamdulillah,tahun 4 memang tak terlalu busy,apalagi jika anda tidak memegang mana-mana jawatan dalam PCT (exco).memang heaven wooo...start lecture jam 9.30,habis mungkin dalam jam 11 paling lambat dan 10.30 paling cepat.

setelah tu,i`m free!makan!hehe..

sekarang adalah round untuk subjek ENT (ear,nose,throat).semua lecturers kami adalah LELAKI,hanya seorang perempuan tapi bukan pengkhususan ENT.

ketua qism (department) sangat baik dan sporting.tambahan lagi bahasa inggerisnya sangat lancar dan tiada slang arab.(i like!)

ok..ok...bukan along nak cerita tentang departmnt ENT panjang lebar, apalagi kami sudah berada dipenghujung ENT memandangkan exam end round akan berlangsung pada 19 hb Januari ini( please everybody pray for us T_T)

along nak cerita tentang apa yang along buat dengan masa yang free banyak itu....

jeng jeng...along bersama-sama 2,3 rakan tak sebaya (sebab along lagi tua setahun) memutuskan untuk melepak di department emergency (gharahah) dan ENT di hospital tanta.lokasinya hanya bersebelahan dengan universiti tanta (idak le jauh mane)

sudah hampir.......errr...berhari-hari jugak la along disitu,walau belum sempat berpeluang ambil darah,buat IV infusion dan stich luka tapi sekurang-kurangnya tolong amikkan gauze dan jadi assistant senior tahun 6 pon sudah cukup memadai,hoho (penyibuk je bunyik)

banyak hal-hal menyedihkan dan mengagumkan yang along lihat disitu:

1.fasiliti memang sangat menyayat hati, belum lagi tentang alat2 jahitan (entah sterile ke idak,insyaAllah ok kut...)

2.sistem pendaftaran pesakit yang serabut,belum lagi kalau ada case emergency yang kena wat report polis (seperti accident dan gaduh),lagi leceh,pesakit kena melalui banyak prosedur baru dapat dirawat (sambil2 tu luka dah kering dah,ckckck)

3.orang boleh keluar masuk bilik emergency sesuka-hati-nenek-tok-penghulu-kampung-dia jerrrr...bahkan orang yang takde kena mengena dalam case tu pon boleh tengok doktor duk sibuk jahit luka pesakit yang naudzubillah,ngeri tak terkata (speechless okei)

4.boleh plak pesakit tengking doktor,doktor marah balik pesakit,pesakit/ahli keluarga gaduh,pesakit meraung,etc.yang penting memang 'harmoni' la perpaduan suara disitu.siapa yang tak suka dengar suara kuat memang nangis la,padahal bukan dia kena marah pon,hehe..

5.tapi disebalik yang buruk-huduh-tak best,ada permata-mutiara-emas yang tersirat disitu,hoho...

6.kami bebas melihat-jenguk-perhati segala hal yang berlaku,tanpa perlu ada kad masuk atau ID atau tak pakai labcoat pon...

7.doktor2 atau senior2 esp tahun 6 sangat baik,mereka tak lokek berkongsi ilmu dan tak bising walau kita menyibuk disitu dan hanya hadir memenuhkan ruang (rasa cam tak berguna lak tetiba)

8.dapat ramai kenalan-kawan dari kalangan penduduk tempatan

9.dapat belajar bahasa arab mesir dan dengar pelbagai slang yang buat mulut ternganga (tanda tak faham yang amat T_____T)

10.kagum dengan kesabaran doktor2 disitu yang tetap jalankan tugas sebaik mungkin walau dengan keadaan yang entah pa pe ( maksud along dengan orang2 yang camtu,pesakit,fasiliti,crowded,etc)

SYUKURLAH WALAU....

along terpikir:mereka ni kalau dah graduate pon memang rata-ratanya akan sambung kerja di hospital ini,macam mana dorang sanggup??

kalau hospital dorang macam hospital KL sekalipon still OK lagi atau macam hospital dalam cerita OBGyn atau New Heart (korea muvie) along konfirm akan apply kerja disitu jugak (heheh)

apa yang along cuba tuliskan adalah betapa mereka sangat sabar dan redha akan pekerjaan mereka,walau doktor tapi kadang tak dilayan dengan baik,gaji pon rendah (cikgu KAFA kat malaysia lagi mewah kut) mereka masih bekerja dengan sungguh-sungguh(terharu,oh senior,hehe)

apalagi doktor2 MO atau pakar yang selalu kena panggil untuk kes2 darurat,lagi banyak bersabar.memang mental mau kena kuat la kerja di mesir ni,hidup sangat mencabar...

untuk itu along rasa para future doktor yang akan balik dan bekerja di malaysia nanti perlu sujud syukur kerana keadaan dimalaysia yang berjuta lemon lebih selesa dan harmoni (eceh)

along perlu bersyukur juga walau kadang2 rasa dalam hati "kenapa la aku pilih mesir ni dulu?aigoo" tapi kalau difikirkan dari sudut positif dan sisi cerahnya adalah ini merupakan medium yang tepat untuk melatih diri menjadi doktor sukarelawan (oo...cinca ^ 0 ^ )

melatih emosi,fikiran,jiwa,fisikal (asyik kena tolak je,mentang2 BMI along rendah,cett) dan iman (heheh,sebab doktor2 emergency majoriti adalah LELAKI,smart,hensem,baik lak tu,tak ke cair,hoho)

along harap masa along dapat along gunakan dengan sebaik mungkin dan dapat belajar banyak lagi hal yang masih tersembunyi dibalik dinding2 kusam hospital ini...sebagai bekalan sebelum balik untuk buat attachment yang sebenar dimalaysia akhir tahun nanti (takut+debo wei)

nasihat along:rajin2 la datang department gamaah tu,doktor tak halau pon,dia tak kisah pon kalau kita ni pandai arab ke tak,janji nak belajo.

lain kali along sambung lagi dengan entry yang lebih fresh dan berbau medik ala abang bobby gitu (eheh)

selamat study dan lead a happy life~

p/s: sejarah malaysia tercatat lagi 9 JAN lalu,malaysia dah mula bangun dari tido yang panjang nampaknya,mungkinkah 25 JAN mesir akan berlaku di malaysia??^_*



2 comments:

Unknown said...

jeles ngn jadual tahun 4.!huh

adeqs comeyll said...

xpe munek...taun depan kite lak..insyaAllah~

along...adakah ayat
[tapi disebalik yang buruk-huduh-tak best,ada permata-mutiara-emas yang tersirat disitu,hoho...]

merujuk pada
[sebab doktor2 emergency majoriti adalah LELAKI,smart,hensem,baik lak tu,tak ke cair,hoho)]

huh..mmg xikhlas lgsg g hospital..
ptot beria2 ajak org teman ari tu...
huhu~

btw..walaupon daif tmpt tu..
tp sgt best...
rse nk tlg jahit jer...
bkn mcm along [tolong amikkan gauze]

mmg berbeza la pglmn attachmnt di Mesia dan mnyibuk sebentar di hosp mesir~huhu