Friday, November 25, 2011

[MUHARRAM] SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH!

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


Bulan Muharram merupakan bulan yang pertama dalam kalendar tahun Hijrah. Maka satu Muharram atau awal Muharram adalah lebih dikenali juga dengan sebutan awal tahun baru Hijrah. Keutamaan bulan Muharram ialah kerana ia termasuk antara bulan-bulan haram yang mempunyai banyak kelebihan. Bulan-bulan haram itu terdiri daripada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Bulan-bulan haram merupakan waktu yang sangat afdhal untuk mengerjakan dan memperbanyakkan ibadah puasa selain bulan Ramadhan.

Di antara empat bulan haram tersebut, yang lebih afdhal untuk melakukan puasa ialah pada bulan Muharram.


Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Puasa yang afdhal sekali selepas puasa di bulan Ramadhan ialah (puasa) di bulan Allah iaitu bulan Muharram.”
(Hadis riwayat Muslim)


Amalan Berpuasa Di Bulan Muharram

Dalam bulan Muharram, selain daripada hari yang kesepuluh yang sudah dikenali dan diketahui ramai dengan panggilan hari ‘Asyura’, terdapat juga beberapa hari lain yang disunatkan untuk berpuasa. Hari-hari yang dimaksudkan ialah hari kesembilan (Tasu‘a’) dan hari kesebelas.

Bahkan Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah dalam Kitab al-Umm dan al-Imla’ menyatakan bahawa digalakkan untuk berpuasa pada ketiga-tiga hari tersebut.

Selain daripada tiga hari yang telah disebutkan di atas, adalah sangat digalakkan juga untuk berpuasa pada sepuluh hari terawal di bulan Muharram. Bahkan sepanjang bulan Muharram, berdasarkan hadis di atas.

Tuntutan Berpuasa Hari ‘Asyura’, Sebelum Dan Selepasnya

Tuntutan untuk berpuasa pada sembilan, sepuluh dan sebelas Muharram itu adalah berdasarkan hadis-hadis Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya:

Puasa Hari Tasu‘a’
Berpuasa pada hari kesembilan bulan Muharram adalah berdasarkan hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas Radhiallahu
‘anhuma dia berkata:

Maksudnya: “Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan Baginda memerintahkan (para sahabat Baginda) untuk melakukan puasa pada hari itu, mereka berkata: “Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari ‘Asyura‘ itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?”
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan”. Berkata (‘Abdullah bin ‘Abbas): “Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah pun wafat.”
(Hadis riwayat Muslim)

Adapun antara hikmat berpuasa pada hari ‘Asyura’ itu bersama-sama dengan hari Tasu‘a’ (hari kesembilan daripada bulan Muharram) itu agar tidak menyerupai dengan amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja. Ini jelas sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: “Berpuasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh Muharram dan jangan meniru (menyerupai) cara
orang-orang Yahudi.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Puasa Hari ‘Asyura’
Manakala puasa hari ‘Asyura’, iaitu pada hari kesepuluh Muharram, merupakan sunat yang sangat dituntut (mu’akkadah) untuk dikerjakan.
Puasa hari ‘Asyura’ lebih dikenali oleh masyarakat umum berbanding puasa hari ke sembilan dan kesebelas Muharram.
Adapun tuntutan untuk berpuasa pada hari ‘Asyura’ telah disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘awiyah bin Abi Sufyan Radhiallahu ‘anhuma bahawa dia mendengar Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Ini adalah hari ‘Asyura’ dan Allah tidak mewajibkan kepada kamu mengerjakan puasa padanya. Namun demikian aku berpuasa pada hari ini. Maka barangsiapa yang menghendaki (untuk berpuasa), bolehlah dia berpuasa dan barangsiapa yang menghendaki untuk berbuka yakni tidak berpuasa, maka boleh sajalah dia berbuka.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Sungguhpun berpuasa pada hari ‘Asyura’ itu hanya merupakan puasa sunat, akan tetapi terdapat banyak hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyebutkan keutamaan dan fadhilat berpuasa pada hari ‘Asyura’. Oleh itu jangan dipandang ringan atau disia-siakan.

Antara hadis-hadis itu:

1. Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menceritakan dalam sebuah hadis, katanya:

Maksudnya: “Aku (Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma) tidak pernah melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud untuk mengerjakan puasa pada suatu hari yang Baginda lebih mengutamakannya daripada hari-hari yang lain, kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura’ dan berpuasa dalam bulan ini, yakni bulan Ramadhan”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

2. Manakala dalam hadis yang lain pula daripada Abu Qatadah Radhiallahu ‘anhu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Puasa hari ‘Asyura’ bahawasanya aku mengharapkan daripada Allah moga mengampunkan dosadosaku pada tahun yang sebelumnya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Puasa Hari Kesebelas Muharram.
Terdapat satu riwayat yang menganjurkan supaya kita berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas hari ‘Asyura’. Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura’ dan janganlah menyerupai orang Yahudi dalam perkara ‘Asyura’. (Oleh itu) berpuasalah kamu sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Walau bagaimanapun menurut pendapat ulama, disunatkan berpuasa pada hari ke sebelas Muharram; samada dia telah berpuasa ataupun tidak pada hari kesembilan Muharram.

Bagaimana Jika ‘Asyura’ Itu Jatuh Pada Hari-Hari Yang Makruh Berpuasa?
Adapun hari-hari yang dimaksudkan makruh berpuasa itu ialah hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad semata-mata.


Pada dasarnya hukum berpuasa pada hari Jumaat sahaja tanpa digandingkan dengan berpuasa sehari sebelumnya (hari Khamis) atau sehari selepasnya (hari Sabtu) adalah makruh.
Perkara ini adalah berdasarkan tegahan atau larangan Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya: “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Jangan (sekali-kali) salah seorang daripada kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan (dia berpuasa) sehari sebelumnya atau (sehari) selepasnya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Begitu juga makruh hukumnya berpuasa pada hari Sabtu sahaja atau pada hari Ahad sahaja tanpa ada sebab lain yang dianjurkan untuk berpuasa. Ini kerana hari Sabtu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi, sementara hari Ahad pula adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Nasrani.
Walau bagaimanapun jika digandingkan atau digabungkan hari yang dimakruhkan berpuasa tadi dengan hari yang lain; umpamanya Jumaat dengan Sabtu atau Sabtu dengan Ahad, maka tidak dihukumkan makruh. Begitu juga halnya gabungan atau gandingan Jumaat dengan Khamis atau Ahad dengan Isnin. Namun tidak makruh hukumnya berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad semata-mata jika puasa tersebut ada sebab lain yang dianjurkan. Misalnya pada hari-hari tersebut (Jumaat, Sabtu atau Ahad) bertepatan dengan puasa hari ‘Arafah dan puasa hari ‘Asyura’ atau hari tersebut bertepatan dengan kebiasaan seseorang itu melakukan puasa yang diamalkan oleh Nabi Daud ‘Alaihissalam, iaitu berpuasa sehari dan berbuka sehari ataupun dia melakukan puasa pada hari tersebut kerana puasa qadha atau nazar.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat untuk mendirikan sembahyang (malam) daripada malam-malam yang lain, dan jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa daripada hari-hari yang lain kecuali puasa yang (kebetulan bertepatan) seorang di antara kamu berpuasa (pada hari itu).”
(Hadis riwayat Muslim)

Maka jika kita lihat kembali antara tujuan mengapa digandingkan atau digabungkan hari ‘Asyura’ dengan Tasu‘a’ itu antaranya ialah untuk membezakan amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura’. Juga sebagai langkah berhati-hati; umpamanya jika ‘Asyura’ itu jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu untuk menghindarkan seseorang itu daripada berpuasa hanya pada 10 Muharram itu (hari Jumaat) semata-mata, maka digandingkan atau digabungkan puasa ‘Asyura’ itu dengan hari lain, iaitu hari ke sembilan (Tasu‘a’) atau sehari selepas ‘Asyura’ .

Walau bagaimanapun ini bukan bermakna jika hari ‘Asyura’ itu jatuh pada hari Jumaat, maka barulah disunatkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya (hari kesembilan) atau hari selepasnya (hari kesebelas). Bahkan jika ‘Asyura’ itu jatuh pada hari selain hari Jumaat, maka tetap juga disunatkan untuk berpuasa pada hari kesembilan dan kesebelas Muharram.

Sebagai kesimpulan, selain bulan Ramadhan, bulan Muharram merupakan antara bulan yang paling afdhal untuk melakukan dan memperbanyakkan puasa. Di samping hari ‘Asyura’ (10 Muharram) yang sudah diketahui dan dimaklumi sebagai hari yang disunatkan berpuasa padanya, terdapat juga dalil-dalil yang menggalakkan untuk berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan hari ke sebelas Muharram. Bahkan digalakkan juga untuk berpuasa pada sepuluh hari awal bulan Muharram dan di sepanjang bulan Muharram.




>>moga ada manfaat...banyak lagi y perlu dicapai..smoga Allah berikan kekuatan..doakan ucu!~

Saturday, October 29, 2011

Ya Allah..lemahnya diri ini

Lemahnya diri ini

Baru sikit Allah menguji

Sudah rebah tak mampu berdiri


Lemahnya diri ini

Baru saja bayu dunia menyapa pipi

Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini

Baru sekelumit keindahan wajah diberi

Sudah mula lupa diri


Lemahnya diri ini

Baru sikit kejayaan diberi

Sudah lupa siapa yang beri


Lemahnya diri ini

Baru sikit buat kebaikan

Riak dan ujub bersorak riang


Lemahnya diri ini

Bila suatu kebajikan dimulakan

Tak berdaya nak teruskan

Tiada istiqamah dalam amalan


Lemahnya diri ini

Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita

Iman sudah bisu menyepi

Nafsu pula mengawal diri


Lemahnya diri ini

Jalan dakwah kata nak tempuhi

Baru saja melangkah kaki

Beberapa tapak sudah berhenti


Lemahnya diri ini

Nikmat anugerah Ilahi

Biar sudah tak terhitung lagi

Tapi masih lupa mensyukuri


Lemahnya diri ini

Asyik lagha dengan urusan duniawi

Tak pernah khuatir amalan diterima

Atau dipaling


Lemahnya diri ini

Bagaimana nak sahut seruan jihad?

Baru sikit dilukai

Sudah menangis meratapi


Lemahnya diri ini

Lupa matlamat lupa syari’at

Terkejar-kejar yang tak pasti

Leka dibuai syaitan terlaknat


Lemahnya diri ini

Asyik ketawa tak kering gusi

Lupa menangis mengingat MATI…


Ya Allah…


Lemahnya diri ini..

Kumohon kekuatan dariMU

Tuntunilah langkahku

Biar hanya mampu merangkak

Itu pasti lebih baik

Daripada terus rebah dalam kaku

Berikanku peluang

Merentasi jalan yang Engkau redhai

Ampunilah kekhilafan semalam,

Atas kejahilanku mengenal makna kasih sayangMU…

Amiiin Ya Rabbal alamiin…


sumber : http://akuislam.com/blog/renungan/ya-allah-lemahnya-diri-ini/



" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah,semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan,tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..kita tidak sendirian.."

Bukanlah selepas kesusahan itu dtgnya kemudahan..tetapi semasa sukar itulah adanya senang yg Allah kurniakan. senyumlah pada masalah (:

[kita masih ada senjata doa sahabat2...teruskan tembak doa anda..moga Allah kabulkan!~]




Friday, October 28, 2011

terdetik kata-kata

i hate it
when they marked u for being superior than others because u are different
by being different i mean
u are a genious or
u talk the truth or
u have a different idea than anybody else or
u being a representative or
u just speak up just to deliver your thoughts about something

people,,,
they only look at the surface
they don`t really dig down enough
and by not doing the digging
they misunderstood
and suddenly u are the one who get the `bad` impression
sometimes by ur own friends,or even families

i hate it
because it hurts
because sometimes u don`t even get the chance to clarify things
because people judged u according to their own thinking and liking

because u are labeled `DIFFERENT`

even though u are IN ur own kind...

its just weird
when u are out of the box
u know,its more like.....ANY DIFFERENCES ARE UNACCEPTABLE

p/s: call me MENCAPAB or whatsoever but i`m just try to SPEAK UP and at least i`m doing something than nothing,right than wrong.

Thursday, August 11, 2011

terdetik kata-kata


Tuhan,
kenapa aku dilahirkan sebagai bagian dari bangsa ini?

bangsa ini aneh Tuhan
selalu diberikan kesenangan dan kemudahan hidup
tapi mereka jarang bersyukur

bangsa ini aneh Tuhan
pemuda pemudi yang jelek ya jelek
yang baik makin lama makin jelek

bangsa ini aneh Tuhan
sesama teman katanya akan berjuang bersama
dalam suka dalam duka
mereka bilang ukhuwah diatas segala
ithar,kata Nabi
tapi sewaktu diperlukan
mereka justru orang yang `hilang` dari pandangan

bangsa ini aneh Tuhan
tinggal dinegara orang
seharusnya kesatuan dan persaudaraan itu adalah nomer satu
tapi justru sesama merekalah yang saling menikam dan merendahkan

bangsa ini aneh Tuhan
orang mudanya terlalu manja
cengeng
nggak ada patriotisme
tapi kalau ngomong soal persatuan bisa ngalahin pidatonya Ir.Soekarno

bangsa ini aneh Tuhan
suka memandang rendah bangsa seberang
padahal masih sama samanya muslim
padahal semua pembangunan yang ada sekarang
adalah karena hasil kerja keras bangsa seberang
mereka sombong dan lupa asal usul mereka,Tuhan

bangsa ini aneh Tuhan
sangat aneh
memang aneh
pola pikir dan budaya mereka
tidak dapat aku terima,Tuhan
makin `melayu` aku jadinya

aku pengen hilangkan genetik bangsa ini dari diriku,Tuhan
tolong aku,Tuhan
aku rela nggak punya bangsa
asal jangan diriku menjadi bagian dari bangsa bobrok ini

aku cuma pengen dikenal sebagai MUSLIM
agama ku ISLAM
nggak pakai bangsa-bangsa juga aku masih bisa hidup
toh ISLAM nggak memandang latar belakang

bolehkan,Tuhan?
karena....

bangsa ini aneh,Tuhan....

p/s:maaf bagi yang terasa,selama 2 tahun bertahan,i choose to stop.


Wednesday, July 6, 2011

terdetik peristiwa

salam semua...

dalam beberapa hari kebelakangan ini,cecece padahal baru semalam,haha...along n the geng sangat busy,tak duk umah aih,duk tang len,hehe....

CERITERA 1......

tak dop la busy mane pon,semalam kami pi seleberet besdai adik SC (smart circle=usrah) along di Tarboush,dekat area2 fathalla nun,(google le kalau nak tau)

mereka adalah..jeng..jeng...


sis Nadiatul Akmal Hairul Badri n sis Ismah Nadiah Abd Rahman (kedua2 VIP petang itu berumur 19 tahun...kakak sc umo??mude lagi,hehe)





mereka-mereka ini adalah pekerja2 dibelakang tabir yang menjayakan program besdai petang semalam,hehe...




para model bergambar bersama handbag baru produk keluaran SasaI2k enterprise,pemilik syarikat berada ditengah,berbaju hitam manis lagi bertudung lilit hijau bergaya...(ngeh ngeh)...bergurau maa...this is my lovely,smarty,cutie adik2 usrah (byk tu pujian melambung,hehe)...bangga I sbg kakak sc mereka (walau ilmu x byk mana,perangai apatah lagi,hoho) tapi detik dan saat serta minit yang diluangkan bersama mereka adalah kenangan yang terindah dan semoga ukhuwah ini tidak hanya sampai tang ni,mungkin boleh sampai tang tu,hehe...bak kate pepatah turki,"ukhuwah fillah abadan abada",,hehe...

along berbesar harapan semoga adik2 sc along semua berjaya bukan setakat dunia,tapi juga akhirat...dan bukan hanya berjaya sebagai dentist,tapi juga muslimah penegak risalah Muhammad S.A.W...ameen...

untuk adik2 scku,walau mungkin kita tak se-sc lagi lpas ni(kecuali la korang amat-sangat-kempunan untuk amik akak lagi sebagai kakak sc,hohoh) akak minta maap jika tak menjadi kakak sc yang baik dan berguna,tak banyak ilmu untuk dikongsi,tak berapa lawa,sc tak best,tak menarik,tak...(banyak sangat la plak yang tak nye...hehe)..semoga perkongsian kita sepanjang tahun yang tak berapa itu berguna dan bermanfaat...:)


CERITERA 2....

setelah mengucapkan hai-hai bai-bai kepada adik2 sc along,along dan adik2 bukan sc a.k.a RUMAH KAMI le,berjalan kaki pulang kerumah....

on the way pulang kami singgah-ziarah beberapa kedai2 yang mencuit hati kami untuk pergi menyapa barang2 didalam kedai termasuk tuan punya kedai (windo sho-pink nama nya ye adik2)....

tup..tup...dush...kreeekkkk....sampailah kami di kedai pet (yeay!)...

tanpa melengahkan masa tuan punya kedai dan setelah membuat meeting yang sangat `emergency` didepan sangkar kucing pet shop terbabit,acik dan angah memutuskan untuk.....mengambil anak angkat!tidak!...eh,salah...membeli seekor (walau x de ekor pon) hamster yang hensem!seryes wa cakap lu,hensem!

perkenalkan,ahli RUMAH KAMI yang paling muda and hensem,FATAH,hehe...







....


















....







eh,fatah lucu!







....



















....
































....







eh,fatah lagi....







.....





















































.....






























fatah...lagi.....




















....









































....




























lagi-lagi...fatah...`=_=









.....

































....






























































eh,fatih! (haha)






begitulah,,,(begitulah awan nanonanonanonano...hehe,ni akibat pengaruh ucu n ateh yang membuatkan lagu yang sedey gile bleh jadik lawak,mati2 along ingat itu adalah lagu lawak,okeey,,)


lagi satu,yang ni pon ahli baru RUMAH KAMI gak,SHINICHI KUDO & RAN MOURI,mereka memang tak dapat dipisahkan...mereka ni buah hati ucu,hehe....





hmm,haiwan peliharaan dah , pokok peliharaan dah, apalagi peliharaan yang tidak tersenarai yek?.sape2 ada idea boleh lah salurkan saran anda melalui kotak menjerit ditepi itu atau kotak komen dibawah ini,okeeyyy...(rumah ni jadi zoo taiping la gamaknye T_T)


okey,itu aja ceritera along....semoga ada manfaat (?tang mane?) hehe..jangan lupe,jaga diri,jaga kesehatan,jaga hati....along pamit dulu,jangan main kotor,sebab Islam ajar supaya cinta `BERSIH`,:)

Salam peace~

p/s: sedang mencantum serpihan hati yang pecah akibat kejelesan yang melampau kepada Syahrin yang sedang bercuti di Sydney n Melbourne,dan kakngah,dik rini serta ibu yang akan berangkat ke Jogjakarta tercinta bulan 9 nanti T_T