
salam semua...
ye..itulah kenyataan yang sedang berlaku dirumah Kami dan kawasan sekitarnye...jadi selama beberapa bulan kedepan kami akn bertungkuk lumuk membulatkan mata dan mengembangkan otak untuk menyahut seruan peperiksaan tersebut..
untuk itu,along nak bagi tips2 untuk along sendiri yang akn mengikuti examination ini,kalau ada sapa mau ikut,ikut suka la nak ikut atau tak ikut,sebab ikut itu adalah ikut-ikutan yang suka mengikut,hehe...
TIPS PRE-EXAM
1.Tanya ketua subjek @ ketua batch tentang tarikh sebenar exam dan pastikan ia adalah exam yang betul2 exam,bukan buatan semata-mata,heheh...kalau ketua subjek @ ketua batch tergagap nak jawab bermaksud dorang tak tahu la tu,jadi kita kena pi tanye sendiri ke dokter mohsen(sape dia ni ek?hehe)
2.download cerita sebanyak yang boleh setelah confirm tarikh exam...kenapa?ini adalah sebagai bekalan otak @ refreshing disaat sedang tensen bace buku atau bekalan di hari cuti sebelum balik mesia,kehkeh..
movie yang along cadangkan untuk didonlod adalah muvie bertemakan exam-oriented dan motivation..ha?kenapa?awat nyer kenapa,ikut suka cerminmata along la nak donlod movie pe,janji tak melalaikan dan ada unsur syariat,cewah..
3.cari kembali saki baki nota2 kuliah yg pernah dibuat,terbuat atau nota yg dibuat2 sementara nafas masih ada..kalau tak buat,tak jumpe,tak wujud atau tak tau nota tu apa,gi tanye orang bilik sebelah,kalau2 dorang ada idea apa itu nota,hehe..tak pon pakse ketua subjek sediakan nota dan ugut dia bahawa tanggungjawab pemimpin adalah memastikan anak buah yang dipimpin berada seiring dengan kejayaan,hehe..
4.perhatikan sebarang makanan dan minuman yang masuk melalui mulut anda sma ada berkhasiat atau memudaratkan..senang criter makan makanan bergizi dan jaga kesihatan tubuh badan terutama otak dan tangan kerana dua makhluk ini memainkan peranan penting semasa exam nanti...banyakkan minum air putih dan pakai krim losyen banyak2 utk elak kulit kering,ngeh2..satu lagi,simpan nombor telepon makanan delivery,penting untuk rumah yang maleh masak tyme exam atau memang korang tak reti2 nak masak sendiri,huaaha..kecuali umah kami le..
5.tepon semua orang minta doa selamat dari mereka dan segera lunaskan sebarang hutang budi,duit,barang atau apa2 sahaja hutang yang ada dan jangan lupa minta halal segala hal dan minta ampun atas perbuatan kita yang menyakitkan hati orang2 lain..masa ni ego tolak tepi,yang penting kosong2 balik,kalau nak gaduh balik lepas exam,haha..
6.tepon mak ayah dan keluarga,minta ampun dan doa restu(cam nak pi kawen plak) dan minta duit tambahan untuk pembelian alat tulis (bagi yang tiada tajaan)..hehe..
7.banyak2 kan berdoa dan solawat..jangan masa ni je jadi alim setengah mati,lepas exam tikar semayang ke mana,telekung pon tak kenal,haram alaik...jangan sampai jadi hamba Tuhan yang hipokrit tau,masa susah giler2 meleleh airmatamucuslendirhingus berdoa kat Allah,semayang tunggang terbalik sampai sakit pinggang,masa senang giler2 nama Allah tak ingat nak sebut,suh solat pon tunggang terbalik cari alasan nak delay solat jamaah,huh..moga kita semua bukan golongan bengap bin sengal sebegini...
8.banyakkan sedekah..Nabi kita pesan,jangan tunggu ada baru nak bagi,jangan tunggu kaya baru nak sedekah,walaupon sikit duit yang kita ada,try2 la sedekahkan jugak,sape tau ada hikmahnya Allah nak bagi masa exam nanti ke...kalau tak dop pitih?sedekah apa2 yang kita mampu,senyuman pon boleh,bikin awet muda lagi,you,hehe..macam along,ahaks
9.pastikan tiada hal2 berbangkit yang dapat bangkit mengganggu study kita,kalau ada hal2 pribadi ke,selesaikan dengan baik dan seksama,kalau tak leh selesai tang tu jugak,pospon hingga lepas exam ek..
10.sediakan diri dan hati untuk exam ni seikhlas mungkin..set in mind kita kena usaha buat yang terbaik dan bukan baca buku untuk exam jer,exam tak rase rugi pon kalau kita tak baca buku,hehe...tapi anggap lah exam ni sebagai ujian untuk kita berdepan dengan pesakit kita,kalau kita salah jawab,maka matilah pesakit tersebut,gitu..(cam game la plak)...yo la,hang ni dokter,kalau main2 masa exam kang masa nak examine pesakit camner?pesakit bukan kertas yang boleh ditulis diatasnya,kalau salah jawab boleh padam balik jawapan kita,tapi mereka punya satu nyawa yang kalau salah langkah kita amik boleh terpadam jua nyawa itu..mane mau cari wo?..jawab la sendiri kat akhirat nanti..
Last of the tips,apa2 pon,bacalah buku gamaah(universiti) sebab jawapan dia direct dan sejibik cam dalam buku yang tak berapa nak lawa tu(ala ala fotostat gitu,hehe)
bersambung ke edisi berikutnyer pulak...
"kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi"
salam peace~
4 comments:
mmg gamba itu tiada kena-mengena..hnya gambar hiasan..huhu~
owh..along donlod cite ke..ptot la internet lembab!!!BOCOR RAHSIA..
[tema exam-oriented dan motivation???mcm bkn je yg along donlod tu..huhu]
haa..point no4 mmg best...cayaalah rumah kami~
no8 itu agak menipu part mcm along itu...
ayat2 yg agak melampau jgn ditiru..rosak akhlak nie..hahaha ^_^
p/s:de edisi len ke???
yiha!
iduop kak long...
*ombak...
:)
saya wakil dari rumah nahwal imtiaz m mengucapkan selamt menghadapi peperiksaan kepada rumah "kamo"...
hihi~
terima kasih atas pujian anda...kembang da ni,haks
Post a Comment